Tak kira siapa sekali pun, majlis perhimpunan atau apa sekali terbuka perlu permit polis dan kuasa polis konsisten dengan kuasa yang diberi dari Perlembagaan menurut Artikel 10, 149, 150 seterusnya.
Undang Akta Polis jelas bahawa pihak yang nak mohon adalah organisasi halal dan bukan haram. Organisasi haram mesti ditolak mengikut Seksyen 27 klausa 2(d).
Kalau bukan organisasi yang mohon, tiga individu yang bertanggungjawab bersama "joint and several" pun boleh. Syaratnya dia bukan berhubungkait dengan mana-mana organisasi. Jika ada, mestilah organisasi itu mohon.
Maka kalau Ambiga, atau muka-muka Bersih 2.0, polis tiada kuasa melainkan untuk mengikut peruntukan undang2 menolak permohonan sesiapa berkaitan dengan Bersih. Kalau mereka nak, silalah suruh parti politik yang mohon. Hehehe .... pasti mereka tak mahu.
Selain sebab di atas, Ambiga tidak boleh dari segi undang-undang dibenarkan dapat permit.
Ramai dah tahu latarbelakang Ambiga seperti di tulis Pemuda UMNO Bahagian Ampang sini .
Tapi ramai tak tahu Ambiga adalah peguam yang tak amanah. Semasa dia Pengerusi Bar Council, dialah yang menaikkan yuran Bar Council dari RM800 ke RM900 sekepala setahun. Isunya adalah cara ia menaikkan.
Usul yang dibuat Ambiga telah ditolak, tetapi ketika ramai ahli meninggalkan mesuarat di akhir2 mesyuarat dia memasukkan lagi satu usul dan cadangan yang diubah sikit tapi menjurus untuk menaikkan yuran juga. Padahal ianya dah ditolak ahli=-ahli.
Boleh tak boleh, peguam terpaksa terima untuk kekalkan lesen mengamalkan undang2.
Dari wang yang banyak, dia telah gunakan untuk mengadakan banyak program terutama dalam isu yang disukai untuk melanggar sensiti awam dan orang Islam/Melayu.
Bar Council begitu terbuka membela kes-kes yang ada kepentingan parti pembangkang seperti kes Saiful, kes seks video Anwar, kes Teoh Beng Hock dll.
Itu satu, dengan duit yang banyak, Bar Council banyak membuat permohonan mahkamah dan terlibat dalam kes-kes dalam pelbagai isu. Firma-firma kroni Ambiga saja yang dapat buat kes itu. Patutnya free lah. Kata aktivis undang2.
Ini yang paling tidak membolehkan Ambiga dapat permit.
Maklumat mengenai latarbelakang keluarga dan suami Ambiga susah kedapatan dalam Internet. Kenapa?
Ambiga menyorok profil keluarga dan suaminya. Baca Nutgraph sini, pun takda mengenai suaminya.
Sumber kami memberitahu bahawa suaminya bukan warga negara Malaysia tetapi warga negara India. Jika ibunya dibawa dari India Selatan selepas dikahwini ayahnya seorang juga dari India Selatan, mungkin Ambiga yang bawa suami ke Malaya/Malasyia.
Sumber kami memberitahu suami Ambiga adalah sebahagian dari Hindu Right Wing group dan ada kaitan dengan terroris bergelar Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS). Dia dipercayai berperanan sebagai penghubung kumpulan itu di India dan kumpulan di Malaysia dan sekitar.
Takkan Ambiga boleh dapat permit perhimpunan walaupun apa dia kata dia dah bincang dengan Agong? Latarbelakangnya tak lepas.
Siapalah si bangang yang cadangkan namanya untuk dapat Dato? Patut ditarik gelaran Datoknya kerana kini sudah memalukan Yang Dipertuan Agong.
TQUNSPINNER
Post a Comment