Bagaimana Pas perjuangkan Membangun Bersama Islam sehingga seorang pelajar lelaki boleh keluar daripada Islam dan menganut Kristian.
Lebih menyedihkan pelajar itu tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka. iaitu kawasan Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Adakah terlalu sibuk berpolitik sehingga perihal agama di kawasan sendiri, Nik Aziz abaikan. Ikuti laporan berita hari ini mengenai kes berkenaan bagaimana pelajar itu dari negeri Serambi Mekah keluar Islam dan peluk Kristian dengan menggunakan nama Tyron. Ini satu perkara amat mengaibkan bagi negeri Pas, yang mungkin sudah hilang berkat Islamnya kerana asyik menuduh orang lain tidak Islam.
Pelajar diploma seni kulinari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bahawa beliau sudah insaf dan kini kembali memeluk Islam.
Berikutan dengan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan pelajar itu, Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, di sini supaya bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya dan melaporkan kehadirannya kepada Imam masjid terbabit selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.
Abu Bakar juga memerintahkan pelajar tersebut melapor diri di Pejabat Agama Dungun pada setiap minggu, dan pasport antarabangsa miliknya perlu diserahkan kepada mahkamah.
Beliau juga membatalkan perintah untuk menempatkan tertuduh di pusat bimbingan akidah, Kuala Kubu Baru di Selangor, selepas berpuas hati apabila tertuduh mampu membacakan al-Fatihah dengan baik selain mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar.
Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Zaini Sulaiman mengikut Seksyen 102 (3) Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.
Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) setelah beliau membuat pengakuan sudah keluar dari Islam dan memeluk agama kristian.
Berikutan itu, mahkamah itu telah mengeluarkan perintah tahanan reman selama seminggu ke atas pelajar itu selepas permohonan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam dikemukakan.
Dalam permohonan itu, Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, dimaklumkan sudah mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Disember 2010.
Pelajar itu juga telah membuat pengakuan berhasrat untuk menukar agamanya itu di luar negara.
Walau bagaimanapun pada prosiding hari ini, tertuduh telah menukar pengakuannya dan memberitahu mahkamah bahawa beliau sudah insaf selepas menjalani perintah tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa.
Dia dalam rayuannya, Mohamad Fariz juga memohon mahkamah tidak menghantarnya ke pusat bimbingan akidah di Selangor kerana beliau masih belajar di UiTM.
TQKELATEKITO.NET
Post a Comment