Kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional membawa khabar yang ditunggu-tunggu oleh warga Kota Bharu iaitu siapnya pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra.
Jambatan itu, sepanjang 800 meter bernilai RM157 juta, yang menghubungkan Kota Baharu dan Wakaf Baharu, Tumpat dijangka siap pertengahan tahun depan.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembinaan jambatan, yang dimulakan pada Jun 2007 sepatutnya siap pada Disember 2009, dan kemudian dilanjutkan kepada Ogos tahunini akan hanya dapat disiapkan tahun depan berikutan beberapa masalah teknikal. Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata akibat masalah teknikal itu, pihak pengurusan projek meminta tambahan masa bagi menyiapkan projek dan kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh projek itu, yang kini baru 63 peratus siap.
Antara masalah utama adalah masalah pengambilan tanah seluas 1.3 kilometer persegi di sini yang masih belum selesai hingga melewatkan permulaan projek dan pemasangan paip air, paip Tenaga Nasional Berhad dan Telekom pada jambatan.
Selain itu, masalah ketinggian tiang yang dipacak di dalam sungai didapati tidak mencukupi paras ketinggian yang diperlukan, katanya kepada kepada pemberita selepas melawat tapak projek jambatan itu, di sini hari ini.
Mustapa turut diberi taklimat oleh pihak pengurus projek, Syarikat Konsortium Is-Ris Resources Sdn Bhd, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan.
"Kita memandang berat kelewatan ini yang sering dibangkitkan dalam mesyuarat MTPN dan juga rungutan rakyat Kelantan yang menggunakan jambatan itu. Kita harap
rakyat bersabar," katanya.
Mustapa berkata pembinaan jambatan itu, bagaimanapun, lebih efisien berbanding projek kerajaan negeri pimpinan PAS yang ingin membina sebuah jambatan baru bagi menyambungkan Kampung Cina di Kota Baharu dan Palekbang, Tumpat, dengan peletakan batu asasnya dilakukan 10 tahun lalu namun sehingga kini belum dilaksanakan.
--KELATEKITO.NET
Post a Comment