LOJING - Lebih 2,000 penduduk Orang Asli dari beberapa kampung di pedalaman Hulu Kelantan berdepan dengan kehilangan punca pendapatan apabila tanah adat mereka seluar lebih 800 hektar di rampas kerajaan PAS Kelantan untuk pembangunan ladang rakyat.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof berkata, penduduk berkenaan membabitkan lebih 30 kampung di sekitar Pos Balar, Hendrop, Pulat, Bihai, Blau, Tohoi dan Pos Pasik.
Beliau bimbang sekiranya perkara itu tidak ditangani segera kemungkinan penduduk Orang Asli terbabit akan berdepan kemiskinan paling teruk dan sekali gus mungkin berpindah ke kawasan hutan.
"Sejak kebelakangan ini penduduk Orang Asli semakin berani membuat bantahan berhubung perkara itu, tetapi kerajaan PAS Kelantan tidak pernah memberi perhatian untuk menyelesainya," katanya kepada kelatekito.net.
Ab Aziz berkata, kini penduduk Orang Asli dihalang menanam kawasan tanah berhampiran penempatan mereka oleh beberapa syarikat yang mendakwa telah mendapat kelulusan kerajaan negeri bagi pembangunan ladang rakyat.
Malah, kata beliau, bukan tanah sahaja yang menjadi masalah besar kepada kaum itu, tetapi juga kawasan tadahan air bukit turut musnah ekoran pembukaan tanah untuk tujuan berkenaan.
"Kerajaan negeri tidak pernah menjegu dan bertanya khabar mengenai kehidupan kaum Orang Asli hingga semakin ramai hidup tertekan dengan kehilangan punca pendapatan.
"Kita juga menerima banyak aduan mengenai masalah itu dan kerap mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan, tetapi terhalang dengan tindakan kerajaan negeri yang meluluskan kepada syarikat swasta," katanya
SUMBER : KELATEKITO
Post a Comment