Apa lagi yang tinggal di Selangor andai mereka terus memerintah. Apakah nasib rakyat Selangor andai mereka terus diberi mendat untuk memerintah? 2 perkara sahaja yang mampu mereka buat. Pertama menghabiskan duit rakyat.Contoh paling senang ialah dana MBI digunakan untuk tujuan politik, duit Yayasan Selangor digunakan untuk kepentingan peribadi dan terbaru RM600 ribu untuk billboard kononnya menentang ISA. Cuba kumpulkan rakyat Selangor yang betul-betul nak tentang ISA. Jangan buat program syok sendiri.
Kedua, Menipu rakyat untuk kepentingan peribadi mereka, Contoh paling senang pilihanraya peringkat PBT. Apa tujuan sebenar? Kos mencecah sehingga RM100 untuk setiap kampung tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kampung tersebut. Lebih elok duit RM100 ribu itu diberikan terus kepada orang kampung atau dibuat sesuatu projek yang akan menguntungkan orang kampung secara langsung. Sebaliknya mereka nampak dengan duit RM100 ribu tersebut mereka boleh masukkan dalam poket sendiri atas alasan kos melaksanakan pilihanraya.
Apa lagi yang kerajaan Selangor nak jual. Selangor Daily dedahkan kompleks PKNS, SACC Mall dan Menara PKNS di PJ dah dijual. Penat-penat kerajaan BN bina untuk kemudahan rakyat Selangor senang-senang jer diaorg jual untuk cari duit segera. Kerajaan negeri dah tak ada duit nak mentadbir negeri Selangor ke?
Baca disini untuk artikel penuh dari Selangor Daily.
Post a Comment