Pasukan kami bekerja degan bersungguh-sungguh selama 24 jam satu hari mencari maklumat serta bahan-bahan bukti. Kami menyusup masuk ke Kota Darulnaim, ke pejabat PMBK, berada di kedai-kedai kopi bersama pemimpin dan orang-orang Pas.
Kami bersyukur kerana kebanyakan kerja yang kami lakukan mendapat kerjasama dari banyak pihak dan orang-orang Pas sendiri. Kalau tidak kerana kerjasama mereka mustahil setakat ini kami berjaya kumpul enam biji fail salah guna kuasa melibatkan Pas sepanjang pemerintahan mereka.
Boleh dikatakan rata-rata kakitangan kerajaan atau kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri dan orang-orang Pas semuanya telah jemu dengan pemerintahan Nik Aziz di Kelantan yang penuh dengan kepura-puraan serta pembohongan.
Hari ini kami sekali lagi ingin membongkar penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan menantu Menteri Besar Kelantan.
Pada 23 julai 2009 Ariffahmi serta isterinya Nik Amalina telah mengambil penerbangan KELAS BISNES Malaysia Airlines dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan pada 25 julai 2009 dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Harga tiket untuk kedua-dua penerbangan tersebut untuk seorang RM 847.00. Untuk dua orang mereka perlu membayar RM 1694.00.
Menaiki penerbangan kelas bisnes bukannya menjadi satu kesalahan. Sesiapa sahaja boleh menaikinya asalkan mempunyai wang yang cukup.
Dalam hal ini kami tidak berniat untuk mempertikaikan Ariffahmi dan isterinya menaiki pesawat kelas bisnes, yang kami pertikaikan dan kami hendak berkongsi dengan anda semua ialah wang yang digunakan untuk membayar tiket tersebut.

Sila perhatikan nota tulisan tangan dalam kotak
Soft launch Kel fist, Pn N.Amalina PMBK guest dan pengiring Datin Tuan Sabariah
Soft launch Kel fist, Pn N.Amalina PMBK guest dan pengiring Datin Tuan Sabariah
Pada masa kejadian Ariffahmi menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) di PMBK.
Dengan jawatan yang dipegangnya pada masa itu beliau tidak layak untuk mendapat kemudahan penerbangan kelas bisnes yang dibiayai oleh PMBK. Beliau hanya layak dapat tiket kelas ekonomi, manakala isterinya tidak layak mendapat apa-apa kemudahan.
Jangan kata untuk isterinya, untuk beliau sendiri pun tidak layak dapat kelas bisnes.
Dalam hal ini Ariffahmi telah melakukan dua penyelewengan iaitu menggunakan penerbangan kelas bisnes yang dibayar oleh PMBK sedangkan beliau tidak layak. Kedua menggunakan wang PMBK bagi membayar tiket penerbangan untuk isterinya.
Untuk menghalalkan tindakannya membayar tiket kelas bisnes bagi isterinya dengan menggunakan wang PMBK maka beliau menggunakan alasan, Nik Amalina (isterinya) adalah tetamu PMBK dan juga pengiring kepada Datin Tuan Sabariah (isteri) untuk majlis 'soft launch' Kelantan Fiesta 2009.
Kenapa perlu Nik Amalina yang menjadi pengiring kepada ibunya sedangkan PMBK ada ramai staff perempuan untuk menjadi pengiring ?
Datin Tuan Sabariah ke majlis tersebut atas kapasitinya sebagai isteri MB Kelantan, sepatutnya pengiring untuknya disediakan oleh pejabat MB bukannya dari pejabat PMBK.
Sekarang anda boleh lihat bagaimana mereka mentadbir negeri dan juga syarikat milik kerajaan negeri. Mereka lakukan umpama mentadbir sebuah syarikat sendirian berhad.
Semata-mata untuk menghadiri majlis 'soft launch' Kelantan Fiesta 2009 habis anak beranak (ayah, mak, anak, menantu) berangkat ke KL dengan menggunakan duit rakyat.
Mungkin sebab itulah Kelantan Fiesta 2009 menjadi huru hara. Semuanya kerana balasan dari Allah kerana terlalu banyak sangat henky penky yang dilakukan oleh keluarga seorang ulama dalam menjayakan majlis berkenaan.
Jika Nik Aziz benar-benar seorang ulama dan keluarga Nik Aziz adalah keluarga ulama, sekarang kami cabar Nik Aziz arahkan anak dan menantunya pulang balik duit tiket kapal terbang tersebut. Mereka tidak layak mendapatnya dan itu bukan hak mereka.
Tolong jangan bagi alasan Umno buat itu ini tidak salah, kami buat salah. Tolong buktikan apa yang kamu semua ucap dan cakap sebelum ini kononnya kamu semua lebih baik dan lebih suci dari Umno.
Kami di Gelombang Merah memberi tempoh selama seminggu kepada Ariffahmi dan isterinya untuk memulangkan kembali wang tiket penerbangan berkenaan kepada PMBK dan buat hebahan di media serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan diatas kesilapan yang telah dilakukan.
Jika mereka berdua tidak melakukan perkara tersebut sehingga jam 9.00 pagi 19 januari 2011 kami akan terus bongkarkan segala jenis penyelewengan yang dilakukan oleh Ariffahmi dan Nik Aziz.
Post a Comment