Label 10

Home » » PAS CELAKA KELANTAN TERPAKSA GONDOLKAN SEMUA HUTAN !!..DAH RASA PRU 13 MEREKA KE LONGKANG !!

PAS CELAKA KELANTAN TERPAKSA GONDOLKAN SEMUA HUTAN !!..DAH RASA PRU 13 MEREKA KE LONGKANG !!

Written By AAKJ on Thursday, May 26, 2011 | 1:34 PM

 
 

PASIR PUTEH 26 Mei — Kerajaan Pas Kelantan didesak menghentikan kegiatan pembalakan di Bukit Ulu Sat dan Bukit Tapong di sini yang merupakan kawasan tadahan air bagi mengelak kesan buruk terhadap lebih 300 penduduk yang tinggal di pinggir tanah tinggi berkenaan.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, kawasan seluas 200 hektar yang baru diluluskan kepada beberapa syarikat pembalakan telah menganggu proses bekalan air kepada penduduk terutama peserta Felcra.

"Selain untuk bekalan air minuman, mandi dan membasuh pakaian mereka juga menggunakan air itu bagi tujuan pertanian,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Bulan lepas sebahagian penduduk di kawasan berkenaan termasuk di kampung sekitarnya mendakwa bekalan air ke perkampungan mereka seringkali terganggu dan bercampur lumpur terutama apabila berlaku hujan lebat akibat hakisan aktiviti pembalakan itu.

Zawawi berkata, kedua-dua lokasi itu adalah kawasan tadahan hujan sejak tiga dekad dan tidak dibenarkan sebarang bentuk aktiviti dilakukan demi kepentingan penduduk di situ. — Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger