Label 10

Home » » INIKAH FAKTOR ADUN-ADUN PAS BERZINA DGN BINI KAWAN !!?

INIKAH FAKTOR ADUN-ADUN PAS BERZINA DGN BINI KAWAN !!?

Written By AAKJ on Thursday, May 26, 2011 | 11:54 AM


LUAHATI KICK :

“Kita sudah dengar berita ini (sebelum ini) tetapi sekarang sudah keluar dalam surat khabar dan media online. Maka rakyat nak tahu ada atau tidak pelacuran dan perjudian, kita nak kerajaan negeri bertindak dengan segera.
“Kerajaan Pas Kelantan jangan dabik dada kata kita bersih segala-galanya. Kata ini negeri Serambi Mekah, walhal benda macam ini pun ada di Kelantan.“Cakap tak serupa bikin. Cakap seolah-olah bersih belaka tetapi ada kemungkaran dan maksiat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gelombang Merah peringkat Parlimen Kubang Kerian di sini, hari ini.
Beliau mengulas penjualan loteri big sweep dan empat nombor ekor secara berleluasa di negeri ini biarpun Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan sebarang aktiviti berkaitan judi sejak parti itu memerintah negeri ini.
Pada masa sama, laman blog Kickdefella mendedahkan aktiviti pelacuran di Kampung Limau Manis, kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan, Kota Darulnaim.Kickdefella mendakwa, adalah mustahil sekiranya Kerajaan Pas Kelantan tidak mengetahui aktiviti itu kerana lokasinya yang begitu hampir dengan kompleks pentadbiran yang turut menempatkan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exconya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sewajarnya Kerajaan Pas Kelantan memberi maklum balas secepat mungkin sebaik sahaja berita tersebut disiarkan kerana rakyat mahu mengetahui kebenarannya. Kerajaan PAS  Kelantan Tidak Bersih – Utusan Malaysia 14 Feb 2011
Update 13 Februari 2011, jam 3.30 ptg : MPKB Bandar Raya Islam di jangka akan keluarkan kenyataan rasmi hari ini kepada media berhubung isu pelacuran di Kelantan. MPKB dikatakan akan menunding kesalahan kepada Polis DiRaja Malaysia dan mengakui kes pelacuran berlaku di Kelantan dan fail mereka membuktikan ada tindakan sebelum mereka senyap sunyi seperti kebelakangan ini walaupun tahu aktiviti pelacuran masih berjalan. Sementara itu MPKB belum akan respons tentang perjudian di Kelantan. Saya menanti respons MPKB Bandar Raya Islam sebelum memajukan posting seterusnya.


Ejen Johnson meninggalkan sebuah kedai di Kota Bharu setelah membeli 3 keping tiket judi loteri.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger