Label 10

Home » »

Written By AAKJ on Monday, April 25, 2011 | 1:45 AM

Video Seks : Azmin Ali Berang Kenyataan Setiausaha Agung PAS




KUALA LUMPUR 23 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) berang dengan pendirian Pas untuk mengkaji semula masa depan parti itu bersama pakatan pembangkang, jika siasatan pihak berkuasa membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video seks.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya oleh wartawan mengenai kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang, semasa sidang akhbar semalam cukup menyinggung perasaan Anwar dan PKR.

Azmin seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agung Pas tersebut membuat penafian hari ini, yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam pakatan pembangkang.
“Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,” kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya, hari ini.
Semalam, Mustafa ketika ditanya oleh wartawan Agenda Daily apakah pendirian Pas jika siasatan polis mendapati lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa berkata:
“Andaian sebenarnya tidak boleh dijawab. Kalau bukan dia bagaimana? Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Jika terbukti pelakunya, baru kita buat keputusan.”

Kenyataan Mustafa itu dilaporkan oleh semua akhbar termasuk portal berita propembangkang sendiri iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Sementara itu, Azmin selepas Mustafa membuat penafian, menasihatkan pemimpin pembangkang supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan kepada media terutamanya semasa sidang akhbar berlangsung.
“Pimpinan perlu berhati-hati memberi kenyataan kepada media yang dikuasai UMNO. Wajar buat kenyataan media secara bertulis untuk elak manipulasi,” katanya – utusan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger