Label 10

Home » » Skandal Bina Darulaman-KERAJAAN PAS CELAKA HANYA MAMPU TADBIR MARKAZ

Skandal Bina Darulaman-KERAJAAN PAS CELAKA HANYA MAMPU TADBIR MARKAZ

Written By AAKJ on Monday, April 25, 2011 | 1:12 AM


Petikan ini Kedah Times ambil dari penulisan BillyTheKid dari Helang Kedah. Kisah yang dipapar selari dengan apa yang sering diperkatakan oleh Helang Kedah selama ini.

Penulis pernah naik fireflyz dengan MD Bina Darulaman ini. Penulis mengenali Jahubar tetapi yang pastinya beliau tidak mengenali penulis.

Almaklumlah, penulis hanya petani yang hanya bergantung pendapatan dengan hasil jualan lembu dan kambing. Tak lebih. Jahubar orang besar BDB yang di urusniagakan sahamnya di FBM KLCI yang mana sahamnya diapungkan semasa sahabat baik penulis berada di BDB.

Kembali kepada isu asal, jika benar apa yang dipaparkan oleh Helang Kedah, maka kita semua termasuklah penyokong PAS dan PKR, betapa lemahnya Pengarah-pengarah yang membuat polisi atau halatuju syarikat-syarikat yang di kuasai Kerajaan Kedah. Digempar sikit dengan hanya berkata 'kalau berani buang aku! Aku akan dedahkan segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat ini'. Maka dengan kadar segera keputusan untuk tidak dilakukan apa-apa diputuskan. Inilah yang berlaku di KTPC yang dilakukan oleh THAMS.

Penulis mengenali beberapa ahli lembaga Pengarah yang dilantik di syarikat-syarikat SLC seperti Kedah IT, SP INN (Jerai Resort) dan lain-lain lagi. Bukan hendak memperkecilkan sesiapa tetapi dimana pergi professional atau korporat-korporat yang dikatakan menyertai atau menyokong PAS? Apakah kepakaran mereka ini tidak boleh digunapakai untuk memajukan syarikat SLC ini?

Penulis juga mengenali mereka-mereka yang bekerja dengan GLC Persekutuan yang base mereka di Kedah tetapi kerja mereka ialah memburukkan kerajaan Persekutuan disamping mengguna segala fund CSR atau sebagainya untuk membantu program politik PAS di Kedah.

Inilah minda sebenar pemimpin PAS yang memperalatkan sesiapa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai. Biar SLC hancur asalkan dapat menempatkan orang-orang kuat Politik mereka. KERANA FAHAMAN MEREKA IALAH SEMUA INI ADALAH 'RESERVE' yang disediakan kerajaan BN dulu untuk mereka sapu sebanyak-banyaknya. Peduli apa dengan rakyat!


Jahubar Sathik Mengganas lagi..! Terbaru, cubaan untuk memecat Pengurus Besar Bina Kuari Sdn. Bhd., Tuan Haji Syed Yusoff. Namun cubaan itu tidak berjaya.

Khabarnya, bahawa kesemua Ahli Lembaga Pengarah telah mencapai kata sepakat, tetapi terpaksa menarik balik hasrat setelah diberi kata dua oleh Tuan Haji Syed Yusoff sekiranya beliau dipecat tanpa alasan yang kukuh atau berniat jahat (malafide), beliau akan mendedahkan kepincangan - kepincangan yang dlakukan oleh Dato Jahubar Shatik khususnya di Bina kuari dan BDB amnya.
Bagi tujuan menutup mulut Tuan Syed Yusoff telah ditawar kontrak selama dua (2) tahun sebagai Pengurus Besar Bina Kuari Sdn. Bhd. (BINAK). Perkembangan ini merupakan sesuatu yang sangat janggal, mengapa tindakan yang jelas menyalahi amalan dan etika pengurusan perniagaan dan korporat dibiarkan berlaku didalam GLC negeri Kedah. Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh YB Senator Yusuf Husin JP, SDK, begitu mudah dipengaruhi didalam membuat keputusan yang penting. Senario ini boleh ditafsirkan samada, kelayakan dan tahap pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah yang lemah atau wujudnya amalan yang tidak sihat. Apakah kepincangan - kepincangan yang telah dilakukan oleh Dato Jahubar Sathik sehingga terpaksa menawar semula kontrak selama dua (2) tahun. Wajarkah, dibiarkan terus berlaku dan dilindungi?

TQUNSPINERS

Kedah Times

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger