Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui menasihati pengundi di kawasan N59 Kidurong agar tidak terpengaruh dengan slog ‘UBAH’ yang dilaung- laungkan DAP dalam kempen parti pembangkang itu pada pilihan raya negeri ke-sepuluh ini.
Katanya, rakyat telah memberi peluang kepada calon DAP yang juga penyandang DUN N59 Kidurong Chiew Chiu Sing untuk berkhidmat kepada rakyat selama sepuluh tahun namun tiada pembangunan atau perubahan yang dibawakan.
Sekarang ini, Chiew dan DAP melaungkan perubahan. Perubahan untuk apa, kata Peter Chin sambil menegaskan sekalipun beliau(Chiew) dipilih sekali lagi sebagai wakil rakyat di Kidurong, beliau masih tetap tidak mampu menjadikan Bintulu khususnya kawasan Kidurong lebih baik lagi.
Katanya para pengundi seharusnya menggantikan Chiew dengan calon BN Henry Ling Kuong Meng yang diberi kepercayaan untuk menawan semula kerusi DUN N59 Kidurong yang dimenangi calon Parti Tindakan Rakyat(DAP) pada pilihan raya negeri 2001 dan 2006.
Ini, katanya, kerana Henry Ling mampu mewujudkan satu pasukan yang efektif dengan adanya gandingan kerjasama antara beliau dan ADUN Jepak dan Kemena termasuk Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing.
Setiausaha penganjur SUPP itu turut mengingatkan para pengundi untuk tidak percaya segala dakyat atau propaganda yang dimainkan pembangkang sekaligus menilai sendiri pencapaian penyandang Chiew Chiu Sing sepanjang sepuluh tahun menjadi wakil rakyat.
Jelas beliau lagi, DAP mempunyai agenda serta bercita- cita untuk memenangi antara 12 dan 14 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan SUPP sambil menambah sekalipun parti itu(DAP) memenangi semua kerusi tersebut, apa yang dapat ia lakukan memandangkan ia masih tetap tidak dapat membentuk kerajaan ekoran memerlukan sekurang- kuranya 36 kerusi bagi tujuan tersebut.
TQSARAWAKUPDATE
Post a Comment