Label 10

Home » » Wanita Mati Disamun, Dirempuh Dan Diseret Dengan Lori Oleh Penjenayah

Wanita Mati Disamun, Dirempuh Dan Diseret Dengan Lori Oleh Penjenayah

Written By AAKJ on Wednesday, August 7, 2013 | 12:00 PM

kRAGIS...Wanita Mati Disamun, Dirempuh Dan Diseret Dengan Lori Oleh Penjenayah

Seorang peniaga ayam maut dalam kejadian samun di Jalan Serdang Raya 6/3, Taman Serdang Raya, malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 9.35 malam itu, Rohani Harun, 50, ditahan tiga lelaki bersenjatakan parang ketika memandu lori kecil miliknya untuk pulang ke rumahnya di sekitar Serdang Jaya selepas berniaga di tapak pasar malam di kawasan perindustrian Bukit Serdang.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias, wanita itu memberhentikan lorinya dan tiga lelaki terbabit menariknya keluar daripada lori sebelum merampas lori itu.
“Mangsa cuba menahan lori miliknya daripada dilarikan dan susulan itu, mangsa dirempuh dan diseret beberapa meter sebelum ditinggalkan tiga penyamun terbabit yang melarikan kenderaan itu,” katanya.
Wanita itu cedera parah di kepala dan mati ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Serdang.
Abdul Razak berkata ketika kejadian suami wanita itu yang juga berniaga di pasar malam membawa kereta berasingan dan pulang terdahulu daripada isterinya.
Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berhampiran lokasi kejadian bagi memburu tiga lelaki terbabit.
* gambar hiasan

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger