Semalam, d KM7 Kunak, Semporna..melibatkan 2 anggota polis peronda telah terlibat dengan kemalangan yg melibatkan sebuah lori tanker.
Anggota Polis yang meninggal dunia akibat kemalangan tersebut d kenali sebagai Sarjan Tassim bin Jamanin, 50 Tahun, beliau mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan meninggal d Hospital.
Manakala rakan arwah, L/Kpl Kabirin bin Ludin, 28 thn, yang memandu kereta mpv tersebut cedera patah peha kanan dan kini dalan keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan susulan
Dalam kejadian tersebut, lori Tanker tiba-tiba hilang kawalan, masuk laluan bertentangan dan terbabas serta melintang diatas jalan lalu merempuh kenderaan MPV tersebut.
Pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan d tahan untuk soal siasat.
Aakj ucapkan takziah dan doakan agar arwah d tempatkan d kalangan orang-orang yang soleh..aminn
Post a Comment