Label 10

Home » » Terkini : Pergaduhan Rumah Kongsi Cheras, Seorang Maut Di Sabit Kepala (Foto)

Terkini : Pergaduhan Rumah Kongsi Cheras, Seorang Maut Di Sabit Kepala (Foto)

Written By AAKJ on Friday, August 9, 2013 | 5:45 PM



Kejadian berlaku semalam, lebih kurang jam 10.30 malam  d rumah kongsi, kawasan tapak pembinaan perumahan Seksyen 2 Bandar Mahkota Cheras.

Menurut sumber, ianya berpunca dari keluarga mangsa (mungkin isteri mangsa) meminta agar paip air dari rumah suspek d tutup sementara supaya beliau dapat alihkan aliran air ke takungan rumah kongsinya untuk mandi namun suspek, yang d katakan dari Madura enggan membenarkannya. Maka terjadi pertengkaran.

Suspek, warga Madura yang d kenali dengan nama Gemuk tidak berpuashati dengan pertengkaran tersebut lalu mengajak beberapa rakannya yang lain untuk menyerang mangsa, warga Vietnam d rumah kongsi mangsa yang tidak jauh dari rumah suspek.

Mangsa cedera parah dengan tikaman d dagu menembusi mulut dan mati d tempat kejadian selain dari beberapa kesan tetakan d badannya.

Rakan mangsa turut cedera terkena senjata dalam usaha beliau untuk membantu si mati.

Menurut sumber lagi, suspek dan rakannya melarikan diri dan kini d buru pihak Polis.

Dalam kesibukan rakyat Malaysia yang beragama Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Pihak Polis terpaksa bertugas bagi memastikan kita sebagai rakyat Malaysia hidup aman tenteram d bumi yang kita cintai ini. Terima Kasih Polis !!!..
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger