Label 10

Home » , » Isu Wanita Islam & Anjing Beraya ; Jentera Berbayar Pakatan Haram Mula "Spin" Quran & Hadis !!

Isu Wanita Islam & Anjing Beraya ; Jentera Berbayar Pakatan Haram Mula "Spin" Quran & Hadis !!

Written By AAKJ on Friday, August 9, 2013 | 7:00 PM

Antara Pak Mie Dan Chetz Yusof

SELEPAS Maznah atau Chetz Yusof dibebaskan dengan bon mahkamah tempoh hari, kini berlumba-lumba beberapa laman portal dan portal menulis tentang ‘kebaikan dan kesucian’ yang dilakukan oleh Chetz.
Kononnya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi sebaliknya hanya menunjukkan kasih sayangnya kepada anjing-anjingnya.
Semua hujah didasarkan atas alasan yang sama, kasih sayang kepada makhluk tidak mengira apa spesisnya.
Jelas di situ bagaimana mereka tidak memahami apa larangan yang di dalam Islam.
Menjaga anjing seperti yang pernah saya tulis, banyak perkara perlu difikirkan untuk menjaganya terutama dari segi kebersihan jika terkena jilatan dan air liurnya.
Menurut Dr Fathul Bari Mat Jahaya dalam twitternya, mudah menjelaskan bahawa membela anjing diperbolehkan dalam dua keadaan iaitu untuk keselamatan dan untuk berburu.
” Bela anjing dibolehkan untuk berburu dan untuk keselamatan tetapi jika sebagai binatang peliharaan sepakat para ulama mengharamkannya,” katanya.
MEREKA KEMUKA BUKTI ASHABUL KAHFI
Bagi laman-laman web pro-pembangkang ini mereka mengambil beberapa hujah biasa yang kita dengar daripada Al-Quran antaranya kisah pemuda yang terperangkap di dalam gua bersama anjing mereka.
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka “; dan setengahnya pula berkata:”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka” – secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”.
Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). Surah Al-Kahfi-ayat 22.
Itulah hujah yang digunakan. Bagaimanapun pada ayat ini tidak pun dikatakan sama ada anjing itu bersentuhan dengan pemuda-pemuda itu atau tidak.
HADITH : MALAIKAT TIDAK AKAN MEMASUKI RUMAH YANG ADA ANJING
Kemudian laman web menggunakan ayat Al-Quran di Surah Al-Maidah ayat 4 yang menunjukkan anjing sebagai binatang pemburu.
Kita tidak nafikan kesemua dalil yang diberikan adalah betul dan semuanya adalah sebab yang membolehkan anjing dibela oleh orang Islam.
Tetapi kita tidak boleh mengenepikan Hadith Rasulullah berkaitan Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing bukan untuk berburu atau menjaga keselamatan rumah. Malaikat tidak akan masuk.
Kemudian, laman-laman web pro pembangkang ini mengemukakan bukti merujuk kepada Pak Mie dan isterinya di Alor Setar, Kedah yang memelihara anjing buangan sehingga mencecah 70 ekor dan lebih 100 ekor kucing.
Pada saya, Pak Mie hanya membela anjingnya di sebuah lokasi di luar kawasan rumah bahkan jauh dari rumahnya.
Pak Mie pula tidak meletakkan kesemua anjingnya di dalam rumah dan dia membelanya dan meletakkan anjing itu ditempat sepatutnya.
Walaupun kita tidak dapat melihat Pak Mie melakukan samak, di situlah datangnya peranan bersangka baik bahawa Pak Mie tahu selok belok dan cara menjaga anjing.
Lebih-lebih lagi, Pak Mie akan mewariskan kerja murninya itu kepada anaknya untuk diteruskan.
Pak Mie tidak merakamkan video dengan berlatarbelakangkan takbir Raya dan kemudian dimuatnaik ke YouTube dengan niat untuk melihat apakah reaksi masyarakat terhadap tindakan itu.
Warga emas itu dan isterinya melakukannya secara rahsia dan diam-diam kerana tugas murni dilakukan dengan ikhlas bukan dengan niat mahu dipertontonkan kepada seluruh negara.
Jadi, apa tujuannya Maznah merakamkan video dengan cara penerbitan sebegitu rupa dengan alasan beliau mahu mendidik masyarakat tentang kebersihan dan penjagaan anjing?
Bukankah boleh dia memberi penerangan tentang cara membersihkan diri atau samak selepas melatih anjing sebelum mengucapkan Selamat Aidilfitri.
Lebih parah, dengan menggunakan alunan Takbir Raya sebagai latar belakang lebih mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam. Jadi apa motif laman pro-pembangkang mempertahankan Maznah ni.
Saya cukup mengenali laman pro pembangkang sebagai mereka yang pantas menyambar apa sahaja peluang untuk memperlihatkan diri mereka sebagai hero menyelamatkan seseorang yang pada mereka kononnya ditindas dengan zalim.
mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger