Label 10

Home » » Selangor : Pemaju Bermaharajalela, Penduduk Di Ancam Banjir Lumpur

Selangor : Pemaju Bermaharajalela, Penduduk Di Ancam Banjir Lumpur

Written By AAKJ on Friday, August 2, 2013 | 2:30 PM

Bukit digondol

Melihat keadaan cerun belakang kediaman dihuni tidak lagi selandai dahulu, penduduk Taman Desa Serdang di sini membantah sebarang pembangunan di kawasan lereng bukit berhampiran perumahan mereka.

Difahamkan, ada pihak melakukan kerja tanah dan menarah bukit berkenaan sejak sebulan lalu.

Kawasan yang dahulunya dipenuhi tumbuhan hijau kini dakwa penduduk sudah bertukar menjadi tanah merah selepas bukit berkenaan digondolkan.

Wakil penduduk, Rosdi Abdullah, 53, berkata, yang membimbangkan penduduk, kawasan itu pernah berlaku banjir lumpur September tahun lalu.

Selepas insiden bencana terbabit, penduduk kemudian melakukan pertemuan dengan pihak pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, dia difahamkan, tanah berkenaan pernah diberi kelulusan sementara tetapi tempohnya sudah tamat dan permohonan baru perlu dibuat pihak yang ingin membangunkan kawasan berkenaan.

“Pemaju janji hendak jumpa penduduk dahulu sebelum laksanakan apa-apa kerja tetapi tiada, awal Julai lalu kita dapati ada lori dan jentera masuk ke kawasan itu, perkara ini menimbulkan kemarahan penduduk,” katanya.

Lebih menambahkan kemarahan, lori dan jentera ke lokasi itu dikatakan melalui jalan perumahan penduduk namun selepas dihalang, laluan digunakan akhirnya dilencongkan ke tempat lain.

Rosdi berkata, tiada pertahanan langsung dibuat di kawasan itu menyebabkan penduduk bimbang kejadian banjir lumpur berulang.

"Lebih dikesalkan tiada sebarang papan tanda dinaikkan menyatakan apa yang sedang dilakukan di lereng bukit itu kini," katanya.

Menurutnya, masalah mungkin tidak akan timbul selepas setahun dua pembangunan dijalankan namun bagaimanakah kepastian dapat diberikan selepas berbelas atau puluhan tahun kemudian.

“Kami tidak tolak pembangunan tetapi mesti di tempat sesuai,” katanya.

Dakwanya, pihaknya kini sedang mengumpul tandatangan penduduk dan akan menghantar surat bantahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penduduk, Saroni Mohd Yatim, 78, berkata, kini sudut geseran antara tanah didapati tidak lebih daripada 30 darjah.

Jelasnya, keadaan itu dilihat tidak stabil daripada sudut kejuruteraan.

“Apabila pihak itu buat bangunan di atasnya bermakna kestabilan sudah tergugat, biasanya sebelum buat kerja tanah mesti buat perlindungan cerun.

“Saya tidak dapat bayangkan keadaan kalau hujan lebat, bagaimana nasib rumah di bawah dan keadaan menara pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak hampir dengannya,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, melalui surat diberikan pemaju kepada penduduk sebelum ini memaklumkan pihak itu sudah mengambil langkah melindungi cerun bukit.


Pihak itu juga memaklumkan sudah melantik konsultan Geoteknikal untuk mengkaji langkah keselamatan melindungi bukit, menanam rumput ‘hydro- seeding’ dan membina longkang tanah untuk mengalihkan pengaliran air hujan bagi mengelakkan banjir di kawasan perumahan.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa longkang dibina tidak dapat menampung jumlah hujan dan akhirnya akan melimpah ke rumah penduduk.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 2, 2013 at 3:37 PM

Mana NGO-NGO Melayu/Islam untuk BELA penduduk dan buatlah LAPURAN polis! Dah tiba masa untuk SAMAN PEMAJU/INDUSTRI berjuta ringgit kalau dia buat aniaya kat penduduk atau pekerja dia (makin meningkat pekerja Islam/Melayu termasuk yang asing, mati ngeri dalam kemalangan industri), selain dari kesalahan JENAYAH. Juga lori-lori yang MEMBUNUH pengguna jlnraya hari-hari terutamanya umat Islam/Melayu - semalam saja sampai 5 Melayu/Islam terbunuh termasuk penunggang motosikal anak kecil 13 th. dan 4 pegawai agama dari JAIS/JAKIM termasuk Allahyarham TP JAKIM S'wak, yang diLANGGAR lori balak yang LAJU - makin GANAS lori-lori ini! Macam mereka SAMSENG macam GENG KONGSI GELAP kat jlnraya! Yang herannya kenapa Melayu/Islam kebanyakan mangsa hari-hari - KDN mesti SIASAT hal ini!

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger