Label 10

Home » » Pusat Sembelihan Ayam Gagal Patuh Syariah : Selama Ini Kita Makan Bangkai ?

Pusat Sembelihan Ayam Gagal Patuh Syariah : Selama Ini Kita Makan Bangkai ?

Written By AAKJ on Friday, August 2, 2013 | 1:00 PM


Pemilik pusat pemprosesan ayam di Cheras, Jinjang dan Pasar Chow Kit  diberi amaran keras oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan.

Justeru, mereka diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard itu dipatuhi dan pegawai Jakim akan membuat pemeriksaan semula di pusat berkenaan, kata Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim Hakimah Yusoff.

Beliau berkata pemeriksaan di ketiga-tiga pusat itu pada 1 pagi ini mendapati pusat berkenaan juga didapati menggunakan arus elektrik kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses.

"Proses ini tidak mematuhi standard halal Jakim," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Ayam selama empat jam di ketiga-tiga pusat itu.

Ops Ayam itu dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri bagi memastikan para pengusaha pusat penyembelihan ayam di Kuala Lumpur mematuhi standard halal.

Operasi ini turut disertai para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan.

Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen turut menahan seorang pekerja warga Indonesia kerana menyalahgunakan pas kerjanya.

Pusat penyembelihan ayam di Cheras mengeluarkan kira-kira 20,000 ekor sehari, Jinjang (4,000 ekor) dan Pasar Chow Kit (2,000 ekor)


-etotketot
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 2, 2013 at 2:59 PM

dulu kat pasar pasar org melayu sembelih ayam la ni tak de lg..dah ada kilang sembelih ayam majoriti pekerja bangla termasuk tukang sembelih..pukul nak cepat siap je

Anonymous
August 3, 2013 at 12:28 AM

adakah dgn hanya memiliki sijil halal...setiap ekor ayam disembelih mengikut syarak...pegawai jakim periksa sekor sekor..?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger