Nampaknya isu melibatkan, Ng Mun Tat yang ditahan lapan lelaki di Taman Seri Muda di Shah Alam semakin panas.
Kini wujud beberapa dakwaan baru melibatkan siapa sebenarnya Mun Tat dan sikapnya.
Ada yang mengatakan Mun Tat sebenarnya penjaga 9 pusat perjudian haram di Sri Muda dan bukan sekadar penjaga kafe siber.
Well…tak terperanjat la…kita semua tahu banyak gila premis perjudian yang meletakan nama kafe siber di pintu masuk…cermin gelap…tapi jangan kata la nak ada perkhidmatan internet… yang ada mesin judi jackpot aje.
Polis dan pihak berkuasa tempatan pulak buat-buat macam tak tahu kewujudan ‘kafe siber’ yang sebenarnya pusat judi dan bersepah di merata tempat.
Tiga bulan sekali buat satu serbuan di satu kafe siber…dan buat lakonan ...keluar di media… ; ” penguat kuasa terperanjat temui mesin judi di premis kafe siber…”yelah tu…ok ok.
Berbalik kepada Mun Tat… so, wujud dakwaan penjaga kafe siber yang dimaksudkan itu adalah pusat-pusat judi yang berlakon sebagai kafe siber.
Selain itu, wujud dakwaan Mun Tat sering bercakap polis semua dalam tangan.
Kenapa yea?
Adakah dia hendak bagitahu polis semua dibayar wang kopi sebab itu kafe-kafe siber yang sebenarnya adalah kedai judi dapat beroperasi secara terang-terangan?
Apakah benar dia bercakap demikian dan itu yang dimaksudkan?
Kedua persoalan itu yakni sama ada Mun Tat penjaga 9 premis perjudian haram di Sri Muda dan mengapa dia sering berkata polis semua dalam tangan dilontarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Selain itu, beberapa persoalan lain yang memerlukan penjelasan oleh PPIM ialah mengapa kes Mun Tat hendak disiasat sebagai penculikan sedangkan apa yang berlaku bukan kes sedemikian.
Kenapa pegawai bukan Melayu dijadikan pegawai penyiasat (IO) dalam kes yang berkaitan dengan isu perkauman?
Dan adakah lelaki-lelaki yang ditahan itu telah dipukul?
Bagi tujuan berkenaan, PPIM bersama peguam mereka telah berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk mendapatkan gambaran dan jawapan kepada persoalan-persoalan yang dilemparkan di atas.
Berita lanjut akan menyusul….
mynewshub
Post a Comment