Label 10

Home » » Video : Wanita Maut Dirempuh Troli

Video : Wanita Maut Dirempuh Troli

Written By AAKJ on Tuesday, July 2, 2013 | 6:00 PM

VIDEO TRAGIS: Wanita Maut Dirempuh Troli Ketika Menuruni Eskalator Di Pasaraya!

SEORANG wanita berusia 60 tahun terbunuh apabila sebuah troli seberat 330 pound yang sarat dengan pelbagai barangan runcit merempuh dirinya yang ketika sedang menuruni sebuah eskalator di sebuah pasaraya  di Shanghai, China minggu lalu.
Menurut laporan akhbar, troli itu terlepas dari kawalan seorang lelaki yang baru selesai membeli-belah di pasaraya tersebut.
Kejadian tragis itu berjaya dirakamkan oleh CCTV di premis berkenaan.
Disebabkan rempuhan itu, wanita berkenaan tercampak dan mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian tubuh dan kepalanya.
Wanita malang itu bagaimanapun meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Inilah yang dikatakan ‘malang tidak berbau’.
Siapa sangka tempat yang boleh dikatakan selamat seperti pasaraya boleh menjadi ‘medan maut’ .
Kalau dah ajal, seminit pun takkan terawal, seminit pun takkan terlewat!

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger