Label 10

Home » » Video Seks Bawah Umur : Sami Buddha Di Buru ( Foto Untuk Sebaran)

Video Seks Bawah Umur : Sami Buddha Di Buru ( Foto Untuk Sebaran)

Written By AAKJ on Sunday, July 21, 2013 | 11:18 PM

Sami Buddha Louis Vuitton Diburu Polis

Seorang sami Buddha yang terkenal gara-gara video klipnya menaiki jet peribadi pada 7 Julai lalu tersebar di internet kini diburu kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan gadis dibawah umur.
Menurut pihak berkuasa, Wiraphon Sukphon yang kini dipercayai berada di luar negara sedang diburu atas dakwaan seksual kira-kira sedekad lalu dan wanita itu dikatakan melahirkan anak hasil hubungan berkenaan.
“Kami akan mendapatkan waran dari mahkamah,” kata Ketua Jabatan Siasatan Khas (DSI) Tarit Pengith kepada AFP.
Anak wanita itu kini sudah pun berusia 11 tahun.
Dalam video kontroversi itu, ia memaparkan visual Sukphon, 33 tahun dan dua sami lain menggunakan jet peribadi, memakai cermin mata gelap dan membawa beg jenama Louis Vuitton hingga mencetuskan banyak persoalan, terutama bila ramai sami Budha di negara itu akhir-akhir ini dikatakan terlibat dalam kegiatan haram dan penyamaran.
Sukphon juga disiasat di atas pelbagai lagi salah laku lain seperti mengelak cukai, memiliki dadah dan juga perniagaan wang haram.
Dia dikatakan menggunakan nama Luang Pu Nen Kham untuk menyamar dan melakukan pelbagai tugas sami tetapi hakikatnya dia hanyalah seorang pelakon yang bijak menipu menyembunyikan jenayahnya.
Menurut DSI lagi, Sukphon memiliki 41 akaun bank. Pihak berkuasa kini sedang melakukan proses membekukan semua asetnya dan membatalkan pendaftaran pasportnya.
” Berdasarkan bukti yang diperoleh, Sukphon jelas menyalahi undang-undang seorang sami dengan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita,” kata wakil Jawatankuasa Disiplin Sami daerah Sisaket Phra Khru Wacharasittikhun pada Sabtu. – OLEH : IBNU K

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger