Label 10

Home » » Video Pasangan Lucah Di Bulan Ramadhan..Mudahnya Mohon Maaf !!

Video Pasangan Lucah Di Bulan Ramadhan..Mudahnya Mohon Maaf !!

Written By AAKJ on Sunday, July 14, 2013 | 10:56 PM

VIDEO: Alvin Dan Vivian Minta Maaf...Senang Aje Yea...

SEPERTI yang dijangka, pasangan Alvin dan Vivian akhirnya muncul dengan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam atas tindakan biadap mereka menghina penganut agama itu.
Nak tahu apa yang mereka lakukan…BACA SINI
Sebenarnya umat Islam di negara ini semakin hari semakin dicabar dengan kelakuan biadap orang seperti Alvin dan Vivian.
Kalau dulu kepala dan bangkai khinzir dibaling sesuka hati ke pagar dan perkarangan masjid, kini medium sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya digunakan untuk mencabar kesabaran penganut Islam.
Betul, umat Islam diajar untuk bersabar dan menerima kemaafan tetapi tindakan seperti ini nampaknya seperti sengaja diadakan untuk tujuan yang hanya si pelakunya sendiri tahu.
Adalah sungguh menghairankan, bagaimana manusia terpelajar seperti Alvin dan Vivian tidak dapat menangkap perasaan umat Islam bila melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti itu!
Apakah perasaan mereka sekiranya agama mereka diperlakukan dengan perkara yang sama?
Dan kini dengan mudah mereka merakamkan permohonan maaf dengan alasan mereka cuma berjenaka…cuma berjenaka???
Yang pasti, kita jangan terbawa-bawa dengan kebodohan dan kebiadapan manusia seperti ini.
Biar undang-undang yang mengadili mereka…tetapi pada masa yang sama kita sendiri tidak tahu sejauh mana kita mampu bertahan dengan kebiadapan yang macam tiada berkesudahan itu.
Diharap pihak berkuasa terus memantau dan tidak dilihat ‘lembik’ dalam mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggung jawab.
Kita bimbang, sekiranya pihak berkuasa dilihat ‘perlahan’, ada pula nanti pihak yang terlebih ‘laju’ mengambil tindakan.
Tepuk dada tanya selera!

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger