Label 10

Home » » Video : Guna Kaedah ‘Fizik’ Elak Saman Trafik ?

Video : Guna Kaedah ‘Fizik’ Elak Saman Trafik ?

Written By AAKJ on Thursday, July 4, 2013 | 4:00 PM

VIDEO: Guna Kaedah 'Fizik' Elak Saman Trafik?

ADA satu klip video yang agak viral sejak akhir-akhir ini iaitu mengenai seorang pesalah jalan raya yang cuba ‘mengelak’ dari disaman seorang anggota polis trafik kerana melanggar lampu merah.
Entah macam mana terlintas di fikirannya untuk ‘berhujah’ dengan anggota itu menggunakan segala macam teori dan kaedah fizik, siap buat kira-kira matematik lagi dengan anggota tersebut.
Entah betul entahkan tidak hujah pemandu berkenaan tetapi yang pasti ia memang kelakar.
Mungkin kerana malas nak layan karenah pemandu tersebut, anggota tadi melepaskannya dengan amaran.
Sebenarnya begini sajalah, kalau anda berdepan dengan situasi macam ni, tak salah untuk meminta maaf atau pun bercakap dengan baik, tak kiralah dengan trafik atau siapa saja anggota penguatkuasa.
Mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.
Cara pemandu ni bukan tak OK, OK juga, dia pun menerangkan ‘teori fiziknya’ dengan berhemah, cuma serius cakap, kalau kita anggota polis itu, kita pun mungkin akan pening kepala hahahahaha

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger