Label 10

Home » » Video : Anak Karpal Singh Kena Titik Dengan Zahid Hamidi Di Parlimen !!

Video : Anak Karpal Singh Kena Titik Dengan Zahid Hamidi Di Parlimen !!

Written By AAKJ on Wednesday, July 10, 2013 | 9:00 AM

VIDEO: Zahid Hamidi 'Berperang' Dengan Gobind Singh Di Parlimen

Ini sudah kira melampau apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo cuba bertindak seolah-olah beliau adalah peguam dan hakim dalam Dewan Rakyatapabila mendesak Datuk Seri Zahid Hamidi memberikan jawapan berhubung dakwaan beliau memukul seorang pemuda pada 2006.
Dengan lagak peguam, ahli Parlimen DAP itu menyoal Zahid bertalu-talu berhubung kes tersebut hingga memaksa beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional bangun mengecam Gobind.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia turut menegur Gobind kerana bertanyakan soalan itu dengan cara tidak sepatutnya ketika Zahid menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, petang Selasa.
Gobind yang mencelah antara lain berkata, “ Menteri ada laporan polis duduk di sini, macam mana kita nak tahu jawapan,”.
Beliau merujuk kepada Zahid yang didakwa menumbuk seorang pemuda pada 2006 tetapi tiada siasatan dan tindakan terhadap Menteri berkenaan walaupun ada laporan polis.
Gobind menegaskan, timbalan menteri ( bukan Menteri Zahid) sepatutnya menggulung perbahasan supaya boleh menjawab dakwaan tersebut.
Dewan Rakyat terus kecoh dengan desakan Gobind itu sekaligus memaksa ahli-ahli Parlimen BN termasuk dari Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir Kulim Bandar Bharu, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) , Datuk Seri Reezal Naina Merican (Kepala Batas) dan Datuk Seri Noh Omar (Tanjung Karang) mengecam perbuatannya itu yang disifatkan berniat
jahat dan buruk sangka.
Dalam masa sama ahli Parlimen PAS kawasan Sepang, Hanipa Maidin turut mencelah cuba mempertahankan Gobind.
Satu ketika, Pandikar Amin menegur Gobind dan menegaskan, “Saya faham maksud Puchong (Gobind). Menteri (Zahid) boleh pegang jawatan dan laporan boleh dibuat. Ini, Puchong terus tuduh.. …Menteri dituduh, macam mana nak jawab,”.
Abdul Aziz yang masih berdiri mencelah,” Puchong mahu jadi peguam…jadi hakim,”.
Zahid kemudian bangun meneruskan penggulungan dan menegaskan Gobind ada kepentingan peribadi apabila bertanyakan soalan itu kerana ahli Parlimen DAP itu adalah peguam bela pemuda yang mendakwa ditumbuk Zahid, tujuh tahun lalu.
Menurut Zahid, ketika laporan mengenai kejadian pada 2006, beliau bukan berjawatan menteri tetapi timbalan menteri.
Beliau berkata, Gobind menggunakan Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan sedangkan kes itu adalah kes sivil, bukan jenayah.
“Puchong ada kepentingan…jangan guna Dewan, kita jumpa di mahkamah, Jika saya dengar awak, awak kena dengar saya. Kes ini kes sivil. Kita jumpa di mahkamah,” tegas Zahid.
Gobind terus bising kerana tidak puashati dengan penjelasan Zahid dan Dewan Rakyat semakin kecoh sehingga Pandikar Amin hilang sabar lalu mengetuk tukul speaker berkali-kali serta memberi amaran akan meminta mana-mana ahli Parlimen yang terus menganggu Menteri Dalam Negeri itusupaya keluar Dewan.
Pandikar Amin kemudian mengarahkan Zahid meneruskan penggulungan.
Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah.
Amir Bazli, 39, pada Ogos 2007 memfailkan saman ke atas Zahid dan mendakwa menteri itu menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada Januari 2006.
Pada Julai 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan ia mengaibkan dan remeh-temeh. – AGENDADAILY.COM

mynewshub
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 10, 2013 at 9:49 PM

Pemmbangkang ni kalu kene owg len laju jew..kne batang idung sendri bangga rse x besalah jew..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger