Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut : Pas Letak Calon Lulusan SPM Gred 3

#PRKKualaBesut : Pas Letak Calon Lulusan SPM Gred 3

Written By AAKJ on Wednesday, July 10, 2013 | 12:08 AM


Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah mengadakan Ceramah Perisytiharan Calon PAS PRK Kuala Besut bertempat di Kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut, Majlis yang dipengerusikan oleh Wan Azhar bin Wan Ahmad YDP PAS Kawasan Besut manakala perisytiharan calon PAS di umunkan oleh YB Dato Seri Abd Hadi bin Awang.

PAS memilih Azlan Yusof muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan di Kuala Besut dan juga merupakan pelajar lulusan SPM gred 3.

Kehadiran yang hambar lebih kurang 600 orang lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut telah di adakan di Kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut, Antara kepemimpinan yang hadir adalah Mohamad Sabu-Timb Presiden PAS Pusat, YB Dato Husam bin Musa-Naib Presiden PAS Pusat, Dato Mustaffa bin Ali dan YB Mohd Abd Wahid bin Endut-Peseruhjaya PAS Terengganu.

Pada majlis tersebut PAS juga telah melancarkan derma secara besar besaran bagi membantu calon yang bakal bertanding & memudahkan pergerakan Parti.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 10, 2013 at 1:49 PM

agak mana perginya wang derma lahad datu yg di anjurkn pas..agak2 sampai x pd mangsa2nya.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger