Label 10

Home » , » Skandal Dengan Bini Orang : Warga Emas Di Langgar & Di Pukul Hingga Mati

Skandal Dengan Bini Orang : Warga Emas Di Langgar & Di Pukul Hingga Mati

Written By AAKJ on Monday, July 1, 2013 | 10:20 AM

Disyaki Skandal Dengan Isteri Orang, Warga Emas Dilanggar & Dipukul Sebelum Mati

KUALA TERENGGANU – Gara-gara disyaki mempunyai hubungan dengan isteri orang, seorang penjual sayur berusia 61 tahun cedera parah dilanggar dan dipukul di Kampung Pasir Minal, Kemaman pada Selasa lepas.
Mangsa meninggal dunia empat hari kemudian, iaitu pada 28 Jun, ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 5 pagi dan disedari anak saudara mangsa yang terdengar warga emas itu menjerit meminta tolong berhampiran rumah mereka.
Beliau berkata selepas itu, anak saudara mangsa melihat jirannya mengejar warga emas berkenaan dengan motosikal sebelum melanggar serta memukulnya menggunakan topi keledar.
“Anak saudara mangsa yang berusia 22 tahun itu menghampiri mangsa, bagaimanapun mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke Hospital Kemaman.
“Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke HSNZ, namun meninggal dunia pada kira-kira 11 malam Jumaat lepas,” katanya kepada pemberita pada Ahad.
Manoharan berkata siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati kerana suspek, 43, yang merupakan jiran warga emas berkenaan, mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan isterinya.
Beliau berkata polis berjaya menemui motosikal dan topi keledar yang digunakan suspek tidak jauh dari tempat kejadian namun bahagian depan kenderaan itu sudah dibakar.
Manoharan berkata selepas kejadian itu, suspek yang tidak bekerja melarikan diri ke Kuala Lumpur bagi menggelak ditahan pihak berkuasa sebelum polis memberkasnya bersama seorang rakan di Hentian Putra pada kira-kira 7 malam, Sabtu.
“Suspek bersembunyi di rumah rakannya yang turut berasal dari Kemaman, namun dengan bantuan teknikal serta unit D9, kita berjaya menahan suspek dan telah dibawa pulang ke IPD Kemaman,” katanya.
Suspek ditahan reman seminggu mulai Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 – BERNAMA

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger