Label 10

Home » , » Sidang Dun Selangor : Rumah Tanah Mendap, Nilai Pampasan Tidak Adil !!

Sidang Dun Selangor : Rumah Tanah Mendap, Nilai Pampasan Tidak Adil !!

Written By AAKJ on Thursday, July 4, 2013 | 12:30 AM



Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyelesaikan masalah tanah mendap yang dihadapi oleh 48 pemilik rumah teres dua tingkat di Seksyen 7 di sini.

Beliau mendakwa masalah itu berlarutan sejak 2005 dan para pemilik berdepan kerugian besar selain bimbangkan keselamatan mereka.

Beliau difahamkan PKNS menawarkan pembelian balik 48 rumah yang terletak di Jalan Plumbum 7/101A dan 7/101B di Seksyen 7 itu di antara RM400,000 hingga RM450,000 seunit sebagai langkah penyelesaian pada minggu lepas.

"Justeru, saya berharap PKNS menilai semula pampasan sewajarnya untuk penduduk kerana hasil penilaian swasta harga rumah di kawasan itu ialah sekitar RM700,000 sebuah.

"Masalah tanah mendap yang dihadapi pemilik rumah Seksyen 7 itu bukan perkara baharu. Sepatutnya kerajaan negeri dan PKNS telah pun mempunyai pelan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang pemilik rumah Zain Wahiyuddin berkata beliau bimbang dengan keselamatan para penduduk di kawasan itu kerana pernah berlaku kejadian laman hadapan rumah runtuh bersama-sama kereta yang diparkir.

Menurutnya beliau membeli rumah itu pada tahun 2003 dengan harga RM250,000 dan kejadian tanah mendap berlaku dua tahun kemudian.

"Kita telah mengemukakan masalah ini kepada PKNS, kerajaan negeri, Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid Abdul Samad) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik (Dr Yaakob Sapari) sebelum ini. Namun, tiada apa-apa penyelesaian dicapai setakat ini.

"Jadi apa lagi pilihan yang kami ada. Kalau PKNS tawar beli balik dengan harga RM400,000 hingga RM450,000, jumlah itu tidak memadai dan tidak termasuk kos lain yang ditanggung oleh kami sejak masalah ini berlaku sejak tahun 2005," katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger