Pemansuhan Ordinan Darurat menyaksikan kira-kira 2,000 tahanan di bawah ordinan tersebut dibebaskan.
Seandainya satu pertiga daripada mereka kembali melakukan jenayah, ini bermaksud kira-kira 800 penjenayah tegar kembali bermaharajalela.
Polis bagaimanapun, percaya bilangan itu mungkin jauh lebih besar.
Kebanyakan remaja yang dibebaskan dari tahanan di bawah Ordinan Darurat biasanya akan kembali ke tabiat lama mereka, kata seorang pegawai polis.
Seorang Asisten Superitenden Polis (ASP) dari Perak yang enggan namanya didedahkan berkata, apabila Ordinan Darurat dikuatkuasakan, golongan tersebut ditahan.
“Sebaik saja ia dimansuhkan, mereka kembali melakukan jenayah,” katanya dalam satu temu bual.
Beliau berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana jenayah merupakan tabiat biasa dalam kehidupan bekas tahanan.
“Apa yang perlu mereka lakukan ialah membuat panggilan telefon dan mereka akan ketagih. Segelintir daripada mereka tidak perlu membuat panggilan telefon, mereka dengan serta merta direkrut’.
Melihat situasi berhubung bekalan senjata api yang boleh diperoleh dengan mudah di sepanjang laluan dari Bukit Kayu Hitam ke Johor, kita berhadapan senario menakutkan.
Dengan peningkatan jenayah ragut, keganasan dan rompakan di restoran dan pelanggan-pelanggan mereka, malah premis makanan turut mengupah pengawal keselamatan untuk melindungi mereka.
Namun ramai pemilik restoran di negara ini sentiasa memastikan pintu berkunci, hanya membenarkan pelanggan setia memasuki premis mereka.
ASP itu turut berkata, kebanyakan bekas tahanan mampu melakukan apa saja termasuk merompak tetamu di majlis perkahwinan di sebuah rumah ibadah.
“Terdapat banyak kes seperti itu apabila perkahwinan di sebuah kuil pada awal pagi yang menguntungkan bagi kaum Hindu.
“Perompak melihat waktu itu juga sebagai menguntungkan. Waktu itu sesuai untuk mereka – pukul 5 pagi, keadaan masih gelap dan tiada kawalan keselamatan yang ketat.
“Malah mereka juga tahu ramai wanita memakai barang kemas ketika majlis tersebut,” katanya.
Ketika ditanya mengapa bekas tahanan itu terlepas daripada didakwa, sumber itu berkata, ia agak sukar untuk mengumpul bukti berhubung dakwaan ke atas mereka.
“Kebanyakan mereka mempunyai kumpulan. Bagi masyarakat, mereka amat kejam dan menakutkan. Saksi tidak akan tampil, agak sukar untuk mengumpul bukti kukuh untuk mengheret mereka ke penjara.
“Kebanyakan mereka berada di bawah pengaruh dadah atau merupakan pengedar dadah,” kata seorang lagi pegawai kanan polis.
– THE STAR
+ comments + 1 comments
JAWAB ONG JAWAB NAJIB... TERLALU PINTAR TERLALU BODOH
Post a Comment