Label 10

Home » » Sidang Dun Selangor : Pemuda Pas Hanya Mampu Sokong Larangan Minum Arak Tempat Awam Sahaja

Sidang Dun Selangor : Pemuda Pas Hanya Mampu Sokong Larangan Minum Arak Tempat Awam Sahaja

Written By AAKJ on Wednesday, July 3, 2013 | 8:00 PM


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong cadangan larangan minum minuman keras di tempat awam seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola di Selangor.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor berkata, pihaknya turut menyokong cadangan melarang dan mengharamkan jualan arak murah yang boleh diperolehi dengan mudah di kedai runcit, kedai perubatan Cina dan pasaraya di negeri itu.

“Islam tidak melarang penganut bukan Islam meminum minuman keras. Bagaimanapun implikasi arak kepada tubuh seperti yang diketahui boleh memudaratkan kesihatan malah boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih parah serta jenayah yang tidak terkawal,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru Riduan berharap kerajaan Selangor akan segera melaksanakan cadangan terbabit kerana arak menyebabkan keharmonian masyarakat terganggu di samping botol-botol arak yang bertaburan dan pecah di kawasan orang ramai.

Beliau turut mencadangkan kerajaan negeri memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis agar dapat menguatkuasakan larangan tersebut di tempat awam.

Jelas beliau, larangan itu bukan bermaksud mengharamkan terus minuman keras kepada penganut bukan Islam.

Malah, katanya, mereka masih boleh memilikinya, namun terhad hanya kepada rumah dan kediaman mereka.

“Golongan bukan Islam tidak perlu khuatir dengan cadangan ini kerana ia tidak menjejaskan kehidupan mereka, malah mereka akan lebih selamat, masyarakat akan tenteram dan hidup dalam keadaan harmoni,” katanya lagi.


Aakj ; Bila Madinah diuruskan oleh Nabi saw dan Sahabat-sahabat r.a..tiada lagi KEDAI ARAK d sana..pemuda Pas tak yah dok kona jauh..habiskan ayat tu,,nak MABUK maka MABUK la kat RUMAH..tu kedai minum arak pun tak perlulah nak sokong..HAPUSKAN terus !!

Kilang Arak terbesar pun masih wujud d penggal kedua !! PAs memang celaka !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger