Label 10

Home » » Sidang Dun Selangor : Projek Maha Mewah Datum Jelatek Tetap Di Teruskan

Sidang Dun Selangor : Projek Maha Mewah Datum Jelatek Tetap Di Teruskan

Written By AAKJ on Wednesday, July 3, 2013 | 7:45 PM


Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan projek Datum Jelatek walaupun mendapat bantahan daripada bekas penduduk di tapak asal projek itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun projek itu kini hangat diperkatakan, proses tender sudah dijalankan.

Beliau menjawab soalan Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, mengenai status terkini projek itu dan adakah benar projek itu membuka ruang yang terlalu besar kepada pembeli rakyat asing.

Abdul Khalid berkata, beliau sudah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menetapkan 50 peratus daripada 337 unit kediaman di projek Datum Jelatek itu ditawar kepada pembeli Bumiputera.

Projek Datum Jelatek di atas tapak seluas 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek membabitkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.

Menurut Abdul Khalid, sebanyak 1,029 permohonan daripada pembeli Bumiputera diterima untuk membeli 337 unit yang ditawarkan projek Datum Jelatek.

Katanya, pembayaran pampasan kepada pemilik rumah pembangunan asal sudah dilakukan, tetapi terdapat 14 pemilik asal yang tidak bersetuju.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger