Label 10

Home » » Sidang Dun Selangor : Mutu Khidmat PBT Selenggara Kawasan Tidak Memuaskan, Sandiwara Adun Pakatan ?

Sidang Dun Selangor : Mutu Khidmat PBT Selenggara Kawasan Tidak Memuaskan, Sandiwara Adun Pakatan ?

Written By AAKJ on Tuesday, July 2, 2013 | 10:50 PM


SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda dari PKR hari ini mengkritik prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), terutama dalam soal penyelenggaraan prasarana, yang tidak memuaskan hati pembayar cukai di kawasannya.

Mat Shuhaimi Shafiei berkata beliau mendapati mutu kerja penyelenggaraan yang dilakukan PBT di kawasannya tidak ubah seperti 'melepaskan batuk di tangga'.

Jumlah pekerja juga didapati semakin berkurangan, menjurus kepada mutu perkhidmatan yang semakin merosot dalam kalangan kontraktor yang dilantik PBT, katanya semasa membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada persidangan Dun di sini.

Beliau berkata sesetengah kontraktor memberi alasan mutu perkhidmatan rendah kerana sebut harga tender kontrak penyelenggaraan yang rendah.

"Mesti ada kajian lengkap berkaitan sebut harga tender penyelenggaraan dan tidak semestinya diberi kepada tender yang ditawar pada harga terendah kerana (akhirnya) mutu perkhidmatan juga rendah, " katanya.

Persidangan Dewan bersambung esok. 

- Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger