Label 10

Home » , » Dewan Rakyat Dikejutkan Pendedahan Anwar Simpan RM209 Juta Di Luar Negara Termasuk Israel

Dewan Rakyat Dikejutkan Pendedahan Anwar Simpan RM209 Juta Di Luar Negara Termasuk Israel

Written By AAKJ on Tuesday, July 2, 2013 | 11:00 PM

Wikileaks Dedah Anwar Simpan RM209 Juta Di Luar Negara Termasuk Israel?

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat pada Selasa dikejutkan dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileak itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.

Tambah Liang, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.

“Apabila saya membaca semua akaun ini di internet soalan pertama yang muncul dalam kepala saya dari mana datangnya wang sebanyak ini?

“Apa yang didedahkan oleh Wikileaks amat bahaya. Oleh itu saya meminta pihak kerajaan siasat kesahihan maklumat ini memandangkan akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan kita tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat lewat petang Selasa.

Menurut Liang, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersikap hipokrit apabila mengutuk kekejaman tentera Israel namun pada masa yang sama mempunyai akaun simpanan di negara itu.

“Kelakuan hipokrit ini bukan sahaja menggadaikan nasib bangsa, agama, bahkan akan menggadaikan nasib negara pada suatu hari yang akan datang,” katanya.

Ketika pendedahan itu dibuat, Anwar bagaimanapun tiada di Dewan.

Namun beberapa wakil rakyat pembangkang bangun mencelah sebagai usaha menghalang Liang daripada terus membuat pendedahan tersebut.

Tian Chua (PKR-Batu) ketika bangkit mencelah mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat sebarang tuduhan melulu.

Sementara itu Jeff Ooi (DAP-Jelutong) pula menggesa supaya Liang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen sekiranya gagal mengemukakan bukti berhubung sumber maklumat berkenaan.

Suasana perbahasan Dewan Rakyat makin kecoh apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula dengan lantang bersuara meminta pembangkang mengambil tindakan undang-undang terhadap Wikileaks. 


– Mstar.com.my
mynewshub
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 3, 2013 at 2:02 AM

Datuk Bung Mokhtar memang makin lantang, tangkas dan bijak - pemimipin UMNO macam inilah yang jenerasi muda harapkan sebagai inspirasi Nationalisma kita! Kalau benar dakwaan Wikileaks ini, KDN perlu siasat dan dakwa. Dan kalau ini benar, kenapalah ada pemimpin Melayu/Islam macam ini yang sanggup menggadaikan agama, bangsa dan negara pada Israel, macam biawak gelojoh?

Bahkan, penyiasatan rasuah juga perlu melibatkan penyiasatan terhadap PENAJAAN penjajah Barat-Israel (Israel selalunya berselindung bawah rejim/NGO-NGO/media US) kepada DAP/PKR dan NGO-NGO mereka serta media-media mereka seperti Malaysiakini ini, serta gereja-gereja Evangelis Kristian Zionis mereka! Juga penyiasatan perlu terhadap kegiatan ketua-ketua DAP/PKR ke luar negara, contohnya mengapa Theresa Kok sering ke Jerman.
KDN jangan biarkan ini berlaku kerana ini berkaitan KESELAMATAN dan KEDAULATAN Islam/umatnya dan bumi kita ini sebagai warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger