Label 10

Home » , » Selangor : Adun BN Menjadi Tempat Penduduk Bergantung Harap !!

Selangor : Adun BN Menjadi Tempat Penduduk Bergantung Harap !!

Written By AAKJ on Wednesday, July 17, 2013 | 10:00 AM

Penghuni pangsapuri tuntut penjelasan


DENGKIL - “Kami bukan mahu Yang Berhormat (YB) datang bertanyakan keadaan kami sihat atau tidak, tetapi mahukan kenyataan susulan supaya dapat membina rumah teres kos rendah untuk penduduk di sini,” Demikian gesaan seorang penduduk yang bersuara lantang ketika melihat kunjungan Adun Dengkil (BN), Shahrum Mohd Sharif tiba di pekarangan Pangsapuri Taman Permata, Dengkil, semalam.

Penduduk, N Kumaran berkata, kualiti rumah dibina pada masa singkat itu tidak selamat memaksanya terus bersuara bagi membantu kebajikan seluruh penduduk di sini.

Menurutnya, penduduk tidak mahu pihak berkenaan berdolak dalih tetapi menggesa menunaikan janji membina rumah teres kos rendah di tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri selain menetapkan tarikh pelaksanaan projek dengan segera.

“Kami kesal dengan jaminan keselamatan diberikan kerana tiada pihak yang berani membuat kenyataan kediaman kami selamat sekali gus menyebabkan penduduk bertindak tinggal di khemah.

“Bagaimanapun, jika terdapat pihak yang prihatin dengan masalah penduduk, sudah tentu tidak mahu membiarkan kami terus tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu, Shahrum ketika ditemui berkata, beliau terkejut apabila penduduk meluahkan rasa tidak berpuas hati sejurus tiba di pekarangan Blok 5 Pangsapuri Taman Permata semalam namun berusaha memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri sudah bersedia menyediakan tanah sekali gus menjadi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk berusaha meyakinkan kerajaan negeri dan persekutuan untuk membina rumah mampu milik.

“Melalui panggilan telefon bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang di lokasi semalam, beliau turut memaklumkan selain menerima arahan pertama Ikram bangunan itu selamat diduduki sementara waktu terdapat satu lagi laporan daripada konsultan kejuruteraan berhubung status bangunan tersebut.

“Kedua-dua laporan itu bakal dimaklumkan kepada penduduk selewat-lewatnya minggu hadapan bagi menyelesaikan masalah penduduk di sini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menafikan dakwaan beliau tidak serius mengenai masalah penduduk di sini kerana beliau sendiri telah menyuarakan masalah ini kepada menteri besar dalam Sidang Dun.

Katanya, dalam perbincangan tersebut exconya sendiri memaklumkan kajian sedang dijalankan manakala laporan lengkap sama ada bangunan itu boleh dibaiki atau tidak selamat bakal dimaklumkan kepada penduduk dengan segera.


sinar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger