Label 10

Home » , » RUMAH URUT: Selangor Dakwa Orang Ramai Kurang Beri Maklumat…Betul Ke?

RUMAH URUT: Selangor Dakwa Orang Ramai Kurang Beri Maklumat…Betul Ke?

Written By AAKJ on Thursday, July 4, 2013 | 10:30 PM


Kekurangan maklumat daripada orang ramai didakwa menyukarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan operasi dan serbuan di pusat penjagaan kecantikan yang dikatakan membuka rumah urut secara haram.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Datuk Teng Chang Khim berkata, PBT akan mengambil tindakan tegas terhadap premis berkenaan sekiranya ada laporan dibuat mengenai kes salah guna lesen perniagaan.

“Orang buat banyak dakwaan, tetapi tiada maklumat yang diterima mengenai lokasi yang dimaksudkan. Jika ada aduan, PBT akan bertindak tegas dan tiada kompromi langsung dalam hal ini,” katanya kepada Sinar Harian berhubungan dakwaan PBT kurang peka dengan kegiatan rumah urut haram itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sesetengah pusat kecantikan dan penjagaan yang didakwa menyalahgunakan premis dengan mewujudkan rumah urut dan sarang pelacuran.

Chang Khim berkata, PBT boleh menyita atau membatalkan lesen jika pengusaha premis didapati menyalahgunakan lesen mereka bagi tujuan itu.

Katanya, pihaknya sedia untuk mengkaji semula tindakan tersebut berikutan dakwaan yang menyatakan bahawa terdapat premis yang beroperasi semula selepas disita.

“Kuasa kita terhad. Jika kes melibatkan warga asing, kita akan bekerjasama dengan agensi lain seperti polis,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan membuka rumah urut mengikut jantina, Chang Khim berkata, ia hanyalah idea yang dilontarkan beliau sebagai salah satu cara bagi mengatasi perkara itu untuk permohonan lesen perniagaan baru.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak bagi menangani masalah itu bersama-sama.

“Di kawasan dan negara lain juga ada rumah urut, ia perkara biasa. Cuma yang jadi masalah bila rumah urut itu salah gunakan perkhidmatan untuk tujuan lain dan permintaan untuk itu juga tinggi.

“Perkara ini perlu ada perbincangan lanjut untuk atasinya secara menyeluruh. Kita perlukan pandangan ramai untuk atasi masalah ini dan jangan perbesarkan isu ini, sebaik-baiknya lontarkan idea masing-masing,” katanya.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger