Label 10

Home » , » Pecacai Sedang Cari Jalan Agar Cerita Anwar Banyak Duit Jadi Cerita Dongeng

Pecacai Sedang Cari Jalan Agar Cerita Anwar Banyak Duit Jadi Cerita Dongeng

Written By AAKJ on Thursday, July 4, 2013 | 9:49 PM





Apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mendedahkan perihal banyaknya duit Anwar Ibrahim yang tersimpan di beberapa buah negara, termasuklah di Israel, para pecacai yang selama ini begitu sibuk dengan cerita-cerita dongeng yang mereka sendiri cipta dan reka, kelam-kabut mencari alasan untuk membela Anwar Ibrahim.

Semalam, Liang Teck Meng telah mengutip berita dari WIKILEAKS tentang beberapa akaun Anwar Ibrahim yang dibuka dan beroperasi di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura. Jumlah keseluruhan yang terdapat dalam akaun-akaun tersebut adalah lebih RM200 juta.

Sudah tentulah apabila Liang Teck Meng membuka dan mendedahkan cerita tersebut, para pecacai dan penjilat Anwar Ibrahim akan serta-merta membuat penafian. Mereka telah meminta bukti. Mereka juga meminta agar berita yang dipecahkan dan dipopularkan oleh WIKILEAKS itu sebagai fitnah semata-mata.

Bijaknya Liang Teck Meng ialah, pendedahan tersebut dibuat ketika perbahasan di Dewan Rakyat. Maknanya, Liang Teck Meng sudah terbebas daripada ancaman saman yang pasti akan dibuat oleh Anwar Ibrahim sekiranya dakwaan atau pertanyaan seperti itu dibuat di luar Dewan Rakyat.

Memang nampak kelam-kabut penyokong Anwar Ibrahim terutama sekali Tian Chua sehinggakan dia berasakan perlu untuk menipu untuk menutup cerita sebenar tentang kewangan Anwar Ibrahim dan PKR khususnya.

Kata Tian Chua, “Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tak dapat. Jadi, kalau pemimpin kita kaya macam ni, kita juga ingin tahu.”

Mungkin Tian Chua masih memikirkan bahawa rakyat Malaysia terutama sekali para penyokong PKR adalah bodoh-bodoh belaka. Temberang tentang pemimpin-pemimpin PKR miskin dan papa kedana dengan Anwar Ibrahim sebagai makhluk yang tidak berduit, masih diterima oleh rakyat Malaysia dan para penyokong mereka sendiri.

Kalau benarlah PKR dan Anwar Ibrahim tidak berduit, pastinya tidak akan ada sebarang aktiviti-aktiviti besar termasuklah Himpunan Blackout 505. Semua itu bukannya percuma. Temberang kononnya percuma, bolehlah tetapi hakikatnya, sebarang pergerakan memerlukan perbelanjaan.

Para pemimpin PKR sendiri pun memekak tentang peruntukan mereka yang telah dikurangkan atau tidak sampai sehingga membantutkan semua usaha mereka untuk melakukan huru-hara sebagaimana yang dirancangkan. Begitu juga dengan perbelanjaan membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional agar melompat dan masuk PKR sepertimana yang dilakukan kepada Lajim Ukim dan Wilfred Bumburing.

Semuanya memerlukan modal.

Tian Chua nak temberang apa lagi. Begitu juga dengan pecacai yang cuba berlagak naif, tidak boleh membuat penafian bahawa Anwar Ibrahim memang kaki sakau duit dari zaman dia ada kuasa dalam Kerajaan Malaysia dahulu sehinggalah sekarang.

Kalau semasa dia dalam kerajaan, segala projek-projek besar, semuanya disakau. Yang dia barangkali tak dapat, hanyalah projek Putrajaya dan Cyberjaya. Kalau projek lain termasuklah projek KL Sentral, Plaza Rakyat yang tidak siap-siap sampai sekarang, termasuklah projek persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang, semuanya mempunyai senarai Anwar Ibrahim kalau tidak pun menerusi proksi-proksinya yang dikenali oleh semua orang.

Anwar Ibrahim sebelum menyertai UMNO dan Kerajaan lagi sudah mempunyai hubungan dengan pelbagai entiti dan individu antarabangsa. Kalau secara logiknya pun, Anwar Ibrahim tidak mungkin akan dapat bergerak tanpa duit sepertimana yang cuba dipersepsikan oleh Tian Chua. Apatah lagi, dari dahulu sampailah sekarang, Anwar Ibrahim bukannya ada gaji tetap. Yayasan Anda yang seringkali dibangga-banggakannya bukanlah sebuah institut pengajian yang buat duit. Bahkan kewujudannya sekadar untuk menzahirkan keegoan dan topeng Anwar Ibrahim, kononnya dia berjuang untuk rakyat.

Apatah lagi, Anwar Ibrahim bukannya berasal dari keluarga kaya atau berlatar belakangkan ahli perniagaan!

Tian Chua mahupun para pengikut Anwar Ibrahim tak payahlah temberang tentang kononnya Anwar Ibrahim tidak ada duit. Sampai sekarang, Anwar masih tidak dapat menerangkan dari mana dia dapat duit yang begitu banyak untuk membina rumah agam yang sepatutnya dapat menyaingi Seri Perdana di Putrajaya.

Dalam gaya politik yang digunakan dan diamalkan oleh Anwar Ibrahim, penajaan bukanlah sesuatu yang asing. Anwar Ibrahim tidak akan kalut-kalut atau begitu takut sehingga menyembah meminta maaf kepada kepala-kepala Yahudi Zionis kalau bukan kerana sokongan wang ringgit yang diberikan kepadanya. Tidak ada sebab mengapa Anwar Ibrahim sangat takut dengan nama-nama seperti Paul Wolfowitz mahupun George Soros kalau bukan kerana kuasa kewangan yang diberikan kepadanya sehinggakan apa-apa sahaja yang diusulkan kepadanya, cuba dilakukan dengan sebaik-baik mungkin walaupun mengancam keselamatan negara dan walaupun negara kucar-kacir.

Yang dipertikaikan sekarang ialah laporan WIKILEAKS tentang banyaknya duit Anwar Ibrahim yang tersimpan di Israel. Liang Teck Meng tidak mempertikaikan dari mana Anwar Ibrahim dapat duit kerana semua orang tahu, duit yang ada pada Anwar Ibrahim adalah duit darah orang Islam. Bab itu tak payah dipertikaikan dan tak payahlah cuba nak diputarbelitkan!

Apa yang mampu dilakukan oleh Tian Chua? Menjerit minta agar bukti diserahkan kepada SPRM?

Kesian sungguh mamat penipu itu…

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger