Pasangan seks Alvin tan dan Vivian Lee "ditemuramah" oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan tindakan tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab telah menghina umat Islam, telah menghina agama Islam dan mereka akan disiasat dibawah peruntukan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia.
Rakyat tidak ingin mempersoalkan apa hukuman yang bakal diterima oleh pasangan tak tahu malu ini tetapi apa yang ingin rakyat utarakan ialah di mana peranan jabatan agama dalam mempertahankan kesucian Islam dan seterusnya dalam menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam.
Apa yang dilakukan oleh pasangan seks " so sial" ini amat menghiris hati umat Islam tatkala seluruh umat Islam sedang melalui ibadah puasa.
Bukankah soal menjaga kesucian agama Islam di bawah bidang kuasa jabatan agama? Kenapa peranan ini diambil alih oleh SKMM? Adakah hanya kerana medium yang digunakan oleh pasangan "so sial" ini ialah facebook?
Seterusnya baca d SINI
Post a Comment