Nak disebutkan semua rasanya terlalu banyak, tapi cukuplah kalau aku ambil satu paling menarik perhatian ramai, iaitu penggunaan gadis-gadis penyokong PAS yang muda dan cantik untuk menarik sokongan pemuda Kuala Besut untuk mengundi PAS.
Kalau dulu gadis-gadis yang terdiri dari para mahasiswi universiti tempatan ini hanya digunakan untuk mendekati pengundi wanita melalui kempen rumah ke rumah atau menjadi anak angkat sahaja sepanjang kempen berlangsung.
Sekarang bukan setakat jadi anak angkat, 'kelebihan yang ada pada mereka digunakan untuk 'menggoda' anak muda tuan rumah agar mengundi PAS pula.
Cara baru ini digunakan setelah PAS melihat jumlah pengundi muda dan baru Kuala Besut, mencecah 56% dari keseluruhan pengundi seramai 17,679 orang.
Aku tidak ada masalah dengan pendekatan drastik PAS ini asalkan sahaja ia boleh memenangkan calon parti tersebut di Kuala Besut. Orang nak kata eksploitasi wanita atau apa, itu terserah kerana yang penting PAS menang dan Pakatan Rakyat ada alasan kukuh untuk menjatuhkan lagi moral UMNO/BN yang ketara merudum sejak keputusan buruk PRU13.
Cuma yang mungkin kurang memberi kesan ialah penampilan gadis-gadis ini yang rata-rata bertudung litup ketika menjalankan kempen. Kenapa nak bertudung pulak kalau matlamatnya untuk menggoda pemuda-pemuda Kuala Besut untuk mengundi PAS?
Bukankah lebih baik kalau pemakaian dengan gaya yang lebih santai digunakan. Masih boleh bertudung, cuma tidak perlulah berbaju kurung, jubah dan sebagainya. Memadai dengan berseluar jeans, berbaju T-Shirt dan yang seperti itu.
Percayalah, sokongan pemuda-pemuda pengundi Kuala Besut terhadap PAS pasti meningkat dengan begitu banyak sekali kalau cara pemakaian yang lebih 'kena pada tempat' digunakan gadis-gadis ini.
Aku dah banyak kali sebut, PAS perlu keluar dari kepompong jumud dan ketinggalan zaman kalau nak terus relevan dalam politik tanahair kita.
Sudah cukup bagus PAS mengimprovasikan corak berkempennya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman, dengan pendekatan menggunakan gadis-gadis muda ini, tapi lebih bagus lagi kalau berani keluar dari lingkaran fahaman agama yang jumud demi kejayaan yang lebih besar.
Percayalah, kalau dalam usaha berkempen tersebut, ada yang 'melekat' sehingga ke jinjang pelamin, generasi yang bakal dilahirkan nanti adalah bakal pengundi PAS semuanya.
Bukankah itu sangat menarik?
Post a Comment