Label 10

Home » » Insiden Cina Di Bogelkan Kerana Hina Islam : 4 Lelaki Di Tangkap !! Allahhuakbar !!

Insiden Cina Di Bogelkan Kerana Hina Islam : 4 Lelaki Di Tangkap !! Allahhuakbar !!

Written By AAKJ on Tuesday, July 16, 2013 | 10:15 PM

SEGERA: Empat Lelaki Ditahan Serang Pemuda Persenda Ramadan

Seorang penjaga kaunter kafe internet dicedera dan dibogelkan oleh sekumpulan lelaki semalam setelah dia membuat paparan kontroversi yang mempersenda Ramadan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan paparan facebook oleh Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24.
Pasangan itu mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan khinzir di laman mereka.
“Tindakan pantas polis berjaya menahan empat lelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi ini kerana terbabit mencederakan lelaki itu. Motif mereka ialah membalas dendam terhadap paparan Vivian dan Alvin,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd Yusof, di Bukit Aman, di sini, Selasa.
Dalam kejadian 3 pagi semalam, Ng Mun Tatt, 24, dipercayai telah dilarikan oleh lapan lelaki menaiki Toyota Alphard ketika beliau sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Shah Alam. Wanita itu tidak diapa-apakan.
Ng dicedera dan dibogelkan sebelum ditinggalkan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), berhampiran susur keluar Setiawangsa di sini.
Beliau ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang membawanya ke balai polis Jalan Tun Razak.
Mengenai perkembangan siasatan terhadap Alvin dan Vivian, Khalid berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.
“Saya nasihat pasangan itu datang ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk dirakam percakapan mereka,” katanya.
Pada Isnin, Alvin dan Vivian telah memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger