Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut: Calon PAS Ahli UMNO ?

#PRKKualaBesut: Calon PAS Ahli UMNO ?

Written By AAKJ on Friday, July 12, 2013 | 11:00 AM


PROSES penamaan calon untuk pilihanraya kecil Kuala Besut bermula sebentar tadi dengan calon dari kedua-dua parti mula bergerak ke tempat penamaan calon dengan diiringi ribuan penyokong masing-masing.

Begitu ramai pemimpin dari PAS yang aku nampak tapi agak kurang sedikit pemimpin dari Pakatan Rakyat, terutama PKR & DAP.  Hanya Penasihat DAP, Lim Kit Siang sahaja kelihatan, diiringi oleh para delegasinya. 

Dari segi penyokong, jelas sekali jumlah penyokong PAS adalah jauh lebih ramai dari penyokong BN dengan nisbah 1 penyokong BN dibanding 3 penyokong PAS.  Ada yang menganggarkan lebih 20,000 atau lebih  penyokong PAS hadir di pusat penamaan calon sebentar tadi.

Perkara ini bagaimanapun memang sudah dijangka kerana Kuala Besut terletak bersebelahan dengan negeri Kelantan yang dikuasai PAS.  Malah kawasan Pasir Putih yang bersempadanan dengan Kuaka Besut juga adalah kerusi yang dimenangi PAS dalam PRU13 yang lepas.

Bagaimanapun, proses penamaan calon pagi ini dicemari dengan berita yang baru aku terima malam tadi menyebut calon PAS, Azlan Endut ini adalah seorang ahli UMNO, malah pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan di Kelantan.

Perkhabaran ini sudah tentu tidak begitu selesa di dengar apatah lagi, upacara bai'ah calon ini disensasaikan oleh UMNO dan juak-juaknya sebagai bukti ketidakpercayaan PAS terhadap calon tersebut sehingga satu upacara khas perlu diadakan untuknya.

Sejauh mana benarnya cerita ini, masih lagi tidak dapat dipastikan, tapi maklumat yang bocor dari kem UMNO sendiri ini menunjukkan isu tersebut akan menjadi antara isu utama yang boleh digunakan untuk menyerang calon PAS.

Aku sendiri berpandangan tidak mungkin Azlan mampu menjadi kontraktor kelas A kalau bukan kerana ada hubung kait dengan UMNO.

Mustahil juga, UMNO benarkan seorang kontraktor penyokong PAS untuk mendapat lesen kelas A, yang biasanya hanya diperuntukkan untuk orang-orang UMNO sahaja bagi membolehkan mereka mendapat projek-projek besar kerajaan dan menyumbangkan sebahagian keuntungan tersebut kepada parti.

Walaupun begitu, Azlan dan Pengarah Pilihanraya untuk PRK Kuala Besut ini, Datuk Husam Musa perlu tampil segera menjelaskan keadaan yang sebenar sebelum isu ini menjadi peluru yang boleh ditembak kepada Pakatan Rakyat semula.

Husam perlu terlibat kerana aku dimaklumkan Azlan ini adalah antara 'orangnya' malah Azlan juga yang menggerakkan lebih 150 orang jentera Kuala Besut PAS untuk membantu Husam semasa kempen PRU13 di Putrajaya.

Aku taknak lah disebabkan kes ini (yang mungkin cerita lama), peluang Pakatan Rakyat untuk menang di Kuala Besut yang masuk dalam kategori mencabar sekarang, merudum kepada tidak ada harapan langsung.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger