Label 10

Home » » PRK Kuala Besut : Calon PAS Tak Semestinya Ulama - Mustafa Ali

PRK Kuala Besut : Calon PAS Tak Semestinya Ulama - Mustafa Ali

Written By AAKJ on Thursday, July 4, 2013 | 5:17 PM



PAS tidak menetapkan syarat calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mesti terdiri daripada golongan ulama atau mempunyai latar belakang agama yang kuat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata selain faktor agama, banyak faktor lain akan diteliti PAS sebelum memutuskan calon, tetapi yang pasti calon yang dipilih adalah calon boleh menang.

“PAS akan meneliti tiga nama tak kira sama ada dia ulama atau siapa sahaja.

“Faktor yang kita cari ialah faktor boleh menang, siapa yang kita rasa ada ciri boleh menang kita akan letakkan sebagai calon, tak semestinya ulama,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Mustafa berkata setakat ini pimpinan PAS Pusat belum secara rasmi menerima senarai nama calon untuk bertanding.

Beliau berkata PAS mungkin akan membincangkan perkara itu dan membuat keputusan dalam mesyuarat mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti yang dijadualkan pada 14 Julai ini.

“Di peringkat negeri mungkin mereka sudah ada nama tapi belum sampai secara rasmi ke Pusat.

“Bila belum dapat keputusan rasmi semua orang boleh buat andaian.

“Mungkin kita akan buat keputusan (calon) dalam mesyuarat 14 Julai ini,” katanya.

Mengenai calon, beliau berkata PAS mempunyai ramai calon untuk diketangahkan dan tidak bermasalah untuk berhadapan calon Barisan Nasional (BN).

“Calon kita ramai, tapi kita mencari calon boleh menang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan akan berlaku persaingan sengit antara parti itu dan BN tidak kira siapa pun calon yang diletakkan kedua-dua parti.

Sebelum ini BN dan PAS dikatakan akan menurunkan calon yang mempunyai latar belakang ilmu agama dalam usaha untuk memenangi hati, fikiran dan sentimen agama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai oleh pengundi Melayu.

PAS dikatakan akan meletakkan Wan Azhar Wan Ahmad yang pernah berkhidmat selama sedekad sebagai guru di sebuah sekolah agama di Sabah tetapi kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier politiknya di Besut.

PAS juga mungkin mempertimbangkan seorang lagi calon iaitu ulama muda, Ridhuan Mohd Nor yang tewas kepada Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh di kerusi Parlimen Besut pada PRU-13.

Sementara itu Nik Zulhaiza Ismal, bekas hakim Mahkamah Syariah dan kini bertugas sebagai pegawai hal ehwal agama di Dungun antara nama yang disebut-sebut sebagai calon BN.




– mStar Online


foto hiasan...
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger