BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita berusia 52 tahun memecahkan cermin kereta mewahnya bernilai RM630,000 sebagai protes terhadap sebuah pusat servis yang dikatakan gagal menangani masalah bateri keretanya.
Kang Lee Chuin mengambil keputusan memukul cermin hadapan kereta Mercedes Benz S300nya dengan tukul besar beberapa kali di pusat servis di Bukit Tengah kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.
Seorang pekerja pusat servis itu telah cuba untuk bercakap dengannya tetapi tidak berhasil.
Suaminya, Oh Chwee Hoe, 61, turut berada di tempat kejadian tetapi tidak berkata apa-apa apabila isterinya mengayunkan tukul itu.
Dia kemudian menghubungi sebuah operator trak tunda untuk mengambil keretanya.
Kang, yang menjalankan perniagaan sebuah restoran makanan laut dengan suaminya, berkata dia hadir untuk mengambil kereta Mercedes Benz S300nya dari pusat perkhidmatan di mana ia telah dihantar ke situ sejak 18 Jun lalu.
“Mekanik itu memberitahu saya bahawa bateri masih mempunyai beberapa masalah.
“Itu adalah cara terakhir saya melepaskan kemarahan kerana bukan kali pertama saya menghadapi masalah dengan kereta baru yang saya beli 18 bulan lalu.
“Terdapat masalah dengan pencucuhan selepas tiga bulan dan sesuatu yang tidak kena dengan sistem penggera.
“Pada 18 Jun, enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Jadi, saya tidak boleh menjemput emak mertua saya berusia 80 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.
“Dia terpaksa menunggu di lapangan terbang selama lebih tiga jam kerana saya terpaksa memanggil teksi untuk membawanya pulang ke rumahnya,” katanya.
Kang berkata kereta Mercedes Benz itu adalah kereta kesembilannya, sambil menambah lapan keretanya sebelum ini yang merupakan kereta terpakai tidak memberi masalah begitu banyak.
Kang juga berkata dia akan menghantar keretanya ke bengkel lain untuk menggantikan cermin yang pecah dan membaiki bateri.
Ketika ditemui pemberita, seorang kakitangan pusat perkhidmatan berkata pengurus tidak berada di situ dan tiada siapa yang diberi kuasa untuk mengulas mengenai perkara itu.
Pegawai Komunikasi Korporat Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd Emily Lek berkata dalam satu kenyataan bahawa pembuat kereta itu memandang serius perkara itu.
“Kepuasan pelanggan adalah penting kepada kita dan kita akan bekerjasama dengan peniaga kami untuk memastikan perkara ini diselesaikan,” katanya.
mynewshub
+ comments + 2 comments
Nape tak ketuk skali ke body merc tu?hehe..
bodoh...sekarang dah kena tambah kos tukar cermin pulak...hahaha...bengong-bengong
Post a Comment