Label 10

Home » » Kalimah Allah : Jamil Khir Bidas Kenyataan Duta Vatican

Kalimah Allah : Jamil Khir Bidas Kenyataan Duta Vatican

Written By AAKJ on Sunday, July 14, 2013 | 8:00 PM


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membidas Duta Vatican City ke Malaysia kerana membuat kenyataan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Beliau berkata, kenyataan oleh Biskop Joseph Marino itu boleh menimbulkan kegelisahan awam dan seterusnya menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

“Saya ingin menyatakan bahawa tindakan beliau tersebut adalah tidak sepatutnya berlaku kerana telah menimbulkan kegelisahan awam dan tentunya boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

“Kenyataan tersebut adalah amat tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana pihak sebagai langkah menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini,” katanya melalui satu kenyataan media.

Jamil Khir berkata, sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh mana-mana pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia.

Katanya, pandangan Malaysia jelas dan tegas melalui keputusan para ulama di negara ini dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah memutuskan bahawa kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam dan tidak wajar disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Malah, kata beliau, perkara itu masih di peringkat Mahkamah Rayuan, justeru semua pihak dinasihati tidak mempolemikkan isu kalimah Allah sehingga ia diputuskan di mahkamah
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger