Selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan berhubung artikel bertajuk Give up post, Shahrizat told, Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah pula melakukan perkara serupa.
Presidennya, Khairul Anuar Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Mohd. Puad itu selain berpendapat tindakan akhbar berbahasa Inggeris tersebut hanya akan merugikan UMNO dan menguntungkan DAP.
Kelmarin, Mohd. Puad mempersoalkan tindakan Joceline Tan yang dilihat sengaja mahu melaga-lagakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Berikut kenyataan penuh Khairul Anuar;
Kita menyokong kenyataan Puad Zarkashi di mana beliau mempersoalkan sama ada akhbar The Star mempunyai agenda khas untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO menjelang pemilihan parti yang akan datang. Tindakan The Star hanya akan merugikan UMNO dan menguntungkan DAP.
(Datuk Seri) Wong Chun Wai dan Joceline Tan perlu beri penjelasan mengapa mereka terlalu minat dan taksub untuk melaga-lagakan Shahrizat dengan Syed Ali. Kita juga amat hairan mengapa mereka enggan membongkar cerita sebenar mengenai kemelut CEC Election Fraud dalam DAP dan layanan buruk terhadap musuh politik keluarga Lim.
Kita juga minta Chun Wai perjelaskan sama ada benar desas-desus mengatakan saman Lim Guan Eng terhadap beliau adalah satu sandiwara politik atau silap mata. Kita secara jujur minta penjelasan dan ini bukannya satu dakwaan.
+ comments + 3 comments
dr.dulu rakyat bawah dah terlebih nampak star pro dap.. la ni baru level atas vip berbunyi.. tapi vvip tak pernak nampak atau pura pura tak nampak.. nanti punahsihat sergah tak malaysian 1.. susah nak ambik hati cina.. cina bagi undi bykkkkkkkk...
kerana istilah nak jaga hati cina konon takut cina marah.. cina kaut sebyk byknya.. cina guna punahsihat membodohkan najib.. abis jawatan penting dlm GLC beri kat cina beri org asing..
Selama ni malaysia maju.. org cina ke buat kerja beri idea.. org asing ke yg beri idea brilliant..??? semua tu hasil penat lelah org melayu di bawah Tun dan jajarannya dulu majoriti melayu..
star kan hak mca.. mana mca.. takde beri tanggapan.. takde komen ke??? mca membiarkan aje... dulu lagi dr zaman pak lah dah nampak gaya penulisan condong ke dap.. makin lama makin terserlah... selepas pru majoriti org bawah melayu umno percaya ada pakatan dap mca gerakan.. musuh dlm selimut... ni lebih besorrrrr musuh dlm kelambu bebbb.
lebih parah musuh dlm kelambu ni.. ketua pemuda ambik regina jadi salah satu org kuatnya.mmmm.. mahal pulak gajinya.. regina undi lu ke kj..????? org kg kata regina undi dap????
Haramkan utusan sekali
Post a Comment