Label 10

Home » , » Dap Vavi Persoal Tanah Rezab Melayu

Dap Vavi Persoal Tanah Rezab Melayu

Written By AAKJ on Wednesday, July 10, 2013 | 11:00 AM


Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming melontarkan persoalan mengapa kerajaan tidak melaksanakan liberalisasi ke atas tanah rizab Melayu walaupun dibenarkan Majlis Tanah Tenaga bagi tujuan pembangunan.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, jika kerajaan tidak berhasrat melaksanakan liberalisasi ke atas tanah rizab Melayu apa gunanya Majlis Tanah Negara memutuskan bahawa tanah rizab Melayu boleh dipajak untuk tempoh 60 tahun.

"Merujuk kepada Majlis Tanah Negara yang meluluskan liberalisasi tanah rizab Melayu dengan membenarkan dipajak 60 tahun tetapi sehingga kini masih tergantung. Apa perkembangan terkini dasar ini kerana ia sudah berlarutan 10 tahun?," katanya.

Beliau melontarkan persoalan itu ketika mencelah semasa Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. James Dawos Mamit menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat hari ini.

James bagaimana pada mulanya tidak menjawab persoalan tersebut menyebabkan Kor Ming bangkit semula dan mendakwa keputusan Majlis Tanah Negara itu sekadar indah khabar dari rupa jika kerajaan tidak berminat untuk meliberalisasikannya.

"Soalan saya mengapa keputusan Majlis Tanah Negara tidak dilaksanakan? Apa sebab kerajaan tidak mahu melaksanakan? Ini indah khabar dari rupa. Majlis sudah buat keputusan tetapi kementerian tidak laksanakannya," katanya.

"Dahulu kerajaan negeri Perak (semasa ditadbir pembangkang) hendak bagi geran kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru majlis kata tak boleh. Sini kata boleh. Apa bidang kuasa majlis dan di manakah sikap konsisten dalam isu ini," soalnya.

Susulan desakan tersebut, James menafikan kerajaan Persekutuan membenarkan geran kekal dikeluarkan kerana tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri manakala kerajaan Pusat hanya berkuasa untuk memastikan segala undang-undang dan polisi dipatuhi.

Terdahulu beliau memberitahu, jumlah tanah rizab Melayu di seluruh negara ketika ini ialah 4.36 juta hektar tetapi penggantian semula tanah rizab yang sudah ditukar status sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

foto hiasan
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 10, 2013 at 2:46 PM

tu la bodoh pepimpin umno dlm tu.. pusing balik la kata dia org... jgn lembik.. jgn diam aje.. tanya balik apa dah jadi dgn tanah melayu di penang.. walaupun tanah melayu belum di maju tapi masih ada.. tanah melayu di penang dah bungkus..

tu tanah melayu di kedah.. dah bungkus jadi kubur cina... tu la jika calon dipilih pm and geng war room bukan dgr kata org umno setempat .. cari kroni sendiri.. ni la punahsihat memunahkan.. diam dlm parlimen buat apa.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger