Gara-gara tidak tahan menjadi mangsa eksploitasi seks, seorang wanita telah membunuh seorang doktor dengan mengelar leher dan memotong alat sulitnya.
Alat sulit berkenaan kemudiannya dikirimkan melalui pos ke balai polis.
Preeti Balmiki, 25, ditahan selepas polis menjalankan siasatan hasil penemuan alat sulit milik Dr. Satish Chandra.
Wanita itu yang mengaku melakukan perbuatan tersebut berkata, Chandra telah mendera mental dan fizikalnya sejak 13 tahun lalu, dan kini doktor itu mula menaruh minat terhadap adik perempuannya pula.
“Ia bermula pada 2001 ketika dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya yang sakit. Memandangkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan menawarkan pekerjaan kepada saya di kliniknya pada 2003.
“Namun dia telah menyuntik ubat kepada saya sebelum merogol saya,’’ katanya yang mengaku ketagih pada ubat tersebut hingga menyebabkan dia terpaksa memuaskan nafsu doktor tersebut.
Preeti memberitahu, dia cuba memberitahu perkara berkenaan kepada isteri doktor tersebut namun telah dihalau oleh wanita itu.
Jelasnya, pada hari pembunuhan itu, doktor terbabit telah memanggilnya ke sebuah rumah rehat dan di situ, dia telah memasukkan ubat tidur dalam alkohol menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri.
Selepas itu, Preeti telah mengelar leher lelaki berkenaan dan memotong alat sulitnya dengan menggunakan pisau pembedahan.
Polis bagaimanapun memberitahu, pihaknya akan menghantar Preeti menjalani pemeriksaan kesihatan bagi penilaian mental.
mynewshub
Post a Comment