Badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) menyifatkan pasukan polis Malaysia kini bertaraf dunia kerana turut prihatin terhadap isu kebajikan dan keselamatan haiwan.
Presidennya, Sharul Nizam Ab Rahim berkata, perkara itu terbukti dengan peristiwa seorang anggota trafik di Pulau Pinang dilihat orang ramai membantu seekor haiwan melintas jalan raya baru-baru ini.
“Peristiwa ini berlaku di Jalan Macalister apabila seekor anjing mahu melintas jalan semasa lalu lintas sedang sesak teruk.
“Anjing ini tidak dapat melintas dan seorang anggota trafik serta seorang orang awam bekerjasama membantu anjing itu menyeberangi jalan raya dengan selamat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sharul Nizam berkata, kisah mengenai sikap prihatin anggota polis terbabit telah disebarkan dan mengembirakan semua pencinta haiwan di negara ini.
Menurutnya, tindakan anggota polis tersebut amat menginspirasikan dan wajar diberi penghargaan kerana mengangkat pasukan polis Malaysia ke persada dunia. – mynewshub.my
Post a Comment