Dalam apa jua situasi, pihak yang dinamakan sebagai ‘musuh’ harus ditangani dengan penuh waspada, syak wasangka dan keraguan. Walaupun politik itu bersifat diplomasi tetapi apabila disebut ‘musuh politik’, maka ia wajib ditangani dengan cara yang sama iaitu dengan waspada, prasangka dan tidak percaya. Kita tidak boleh merujuk seseorang sebagai musuh tanpa memikirkan tipu muslihatnya setiap kali dia menyuarakan sesuatu. Ini kerana musuh akan sentiasa mencari kelemahan dan menggunakan kelemahan itu untuk menghuru-harakan kita.
Dalam konteks kerajaan UMNO, kita telah pun melihat bagaimana musuh mendesak agar dakwat kekal digunakan dalam pilihanraya yang mana akhirnya dakwat itulah yang dijadikan mereka sebagai modal untuk menyerang dan menghuru-harakan kita. Sebarang tindakan membela dakwat tersebut akan dihentam sebagai tidak telus dan penarikan balik pula akan memperlihatkan kelemahan di pihak kerajaan. Justeru, apa saja yang dibuat menjadi serba tidak kena atau huru-hara.
Kita juga sudah melihat bagaimana musuh mendesak agar ISA dihapuskan. Walaupun kita berusaha menahan asakan mereka tetapi, entah bagaimana mereka akhirnya berjaya melepaskan 1,300 banduan Simpang Renggam melalui desakan itu. Berikutan dengan itu, kadar jenayah semakin meningkat apabila pencegahan tidak dapat dilakukan. Kepala-kepala gangster yang dulunya dapat dikawal kini bermaharajela dan buktinya dapat dilihat di mana-mana sahaja dari kes-kes ragut, samun dan rompak yang begitu giat sehinggalah kewujudan pusat-pusat maksiat dan rumah-rumah urut yang tumbuh begitu rancak.
Maka, peningkatan kadar jenayah pun dijadikan modal oleh musuh untuk mengecam kerajaan dan pihak berkuasa. Bagi menanganinya, kerajaan mungkin boleh mengembalikan ISA, tetapi itu akan dilihat sebagai kelemahan dan sikap ‘flip-flop’ yang memalukan. Membiarkan sahaja keadaan seperti ini pula akan menyebabkan masyarakat semakin resah dan semakin menyalahkan kerajaan. Lalu, apa yang dilakukan juga menjadi serba tidak kena.
Masalah dan kesilapan sepatutnya memberi pengajaran dan mematangkan kita. Menghadapi kehidupan tanpa belajar apa-apa dari masalah dan kesilapan bukan sahaja satu kerugian tetapi mampu membawa kita ke arah kemusnahan.
Pengajaran dari isu dakwat kekal dan ISA ini ialah: setiap tuntutan dan desakan musuh itu adalah umpan untuk memerangkap kita di kemudian hari. Oleh yang demikian, kita harus lebih berhati-hati dengan sebarang desakan dan tuntutan mereka selepas ini.
Hari ini, kita melihat musuh-musuh kita semakin galak menyebar fitnah, penipuan, kebencian, menghina dan memperlekeh perlembagaan dan juga Raja-raja secara langsung. Langsung tiada kesetiaan atau kecintaan mereka kepada tonggak negara ini, malah yang terserlah hanyalah kebencian dan kebencian semata-mata.
Secara umumnya, mereka cukup tahu bahawa tindakan ini adalah salah mengikut undang-undang dan terlebih dahulu memikirkan cara untuk melepaskan diri. Kerana itu, sejak tahun lalu dan sebelumnya lagi mereka telah menjalankan kempen halus mendesak agar Akta Hasutan dihapuskan. Dari situ, pada Julai 2011, kepimpinan negara pun mengumumkan yang Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Keharmonian.
Semua ini sebenarnya adalah helah untuk memudahkan mereka menyebar fitnah dan menghasut rakyat agar memperlekeh Raja-raja. Lihatlah bagaimana mereka telah terlebih dahulu meminta kerajaan menyediakan jalan lama sebelum mereka melaluinya untuk menabur onar tanpa perlu takut pada undang-undang.
Ketegasan Ketua Polis Negara dan juga Menteri Dalam Negeri untuk mempertahankan Akta Hasutan mendapat pujian ramai. Jelas, kedua-dua mereka telah dapat membaca strategi musuh dan tidak mudah terpedaya.
Namun begitu, rakyat masih lagi resah dan tidak dapat mengelak dari meragui masa depan negara jika kerajaan terus menerus keliru antara ‘suara musuh’ dengan ‘suara rakyat’.
Hakikatnya, melihat ‘tuntutan musuh politik’ sebagai ‘tuntutan rakyat’ adalah satu kesilapan yang besar. Sebagai kerajaan, musuh politik tentu sekali tidak mewakili majoriti, tetapi hanya minoriti rakyat. Dan melutut kepada desakan minoriti merupakan satu cara pintas untuk membunuh diri dalam sebuah negara demokrasi.
+ comments + 3 comments
Benda ini rakyat biasa dah nampak sejak dulu...tapi pemimpin yg x bijak membaca dan buat keputusan...
Malang dapat pemimpin lemah cara befikir..
Rindu kepimpinan bijaksana era Tun Mahathir
rakyat bersuara keras rba diambil tindakan.. aik ada menteri yg suruh hapus akta hasut.. bukankah apa yg dilakukan rba fitnah menjadi hasutan.. yg minoriti dijaga konon nak ambik hati apa saja bagi tunduk... yg majoriti diabai suara tak laku.. jika begitu andaian baik kita melawan kerajaan Umno.. ni research data kajian dr mana... hebat.. dr punahsihat..
negara aman terkawal jadi huru hara.. ni nak galak rakyat menghasut dan membuat fitnah.. kata pemimpin atas punahsihat islam tapi hukum fitnah yg dah dipandang berat oleh Allah dipandang ringan.. Allah tdk mengatakan potong tgn potong kaki.. tapi Allah menyatakan fitnah itu lebih kejam...lebih berat dr membunuh..
Lebih tinggi dr membunuh.. jadi kita wajib mencegah dr awal.. bukan menggalakan.. fitnah ini boleh menghancurkan satu keluarga negeri negara bangsa agama... semua negara di dunia ada akta hasut.. bolehkah fitnah hasut menjadi harmoni???!!!
nanti yg dpt tekanan org undi kerajaan.. tapi yg musuh dimanja.. seperti hapus ISA yg dpt tekanan kerajaan pro kerajaan.. musuh yg menang.. ini bodoh atau bongok... nazri wallahweh najib anda lebih baik turun dan bertanding di pihak lawan kerana memenangkan
musuh...????
tak perlu cari pakar intelek atau punahsihat yg dikata hebat... data dr us liberal.. jika hanya tau menghapus tapi tdk tau mengatasi.. membiarkan keadaan menjadi parah..dan hanya menguntung segelintir org.. tapi memenangkan musuh..
BUDAK TADIKA PUN BOLEH SURUH.. HAPUS
hukum fitnah hanya ada pada Allah.. di neraka lidah ditarik pjg dan dipotong... berulang ulang dah putus sambung lagi lidah.. tapi tdk percaya kerana itu bukan hukumnya... kafir peduli apa.. fitnah dan hasut itulah mainan org kafir atau org islam yg tak beriman..
Jadi kita org islam wajib letak bahaya fitnah ditempat tinggi seperti yg Allah ingatkan... lihat tanah arab.. itukan berpunca dr fitnah dan menghasut.. tak kan pemimpin atas memandang kejadian perang di negara islam sebagai bentuk HARMONI??????.... mengapa pula negara arab menghentikan fb..twitter.. itu semua mau MEMBENDUNG FITNAH YG MENIMBULKAN HASUTAN....
Dgn keadaan negara yg begini.. dunia tanpa sempadan.. musuh yg cari peluang di mana saja.. AKTA HARMONI konon boleh mencegah.. Jgn tunjuk angkuh menteri di atas... hapusnya ISA sudah membuktikan dahsyatnya jenayah berat bertambah...
najib nazri.. punahsihat jgn nanti anda dan yg lain dikenang diingat sebagai org yg membuat negara huru hara. Sungguh memalukan bagi anak cucu cicit anda semua... nama anda semua sentiasa disebut tapi bukan diingat sebagai kebaikan utk bangsa..
Post a Comment