Label 10

Home » , , » Wajib Boikot Air Asia Yang Promosikan Gay?

Wajib Boikot Air Asia Yang Promosikan Gay?

Written By AAKJ on Saturday, June 1, 2013 | 2:00 PM


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa semua orang Melayu termasuk agensi kerajaan terus memboikot penerbangan AirAsia selagi tiada permohonan maaf dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berhubung kenyataan biadab beliau melabelkan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.
Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim berkata, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang menyokong kenyataan biadab tersebut juga perlu memohon maaf kepada orang Melayu di negara ini.
?Perkasa meminta supaya Lembaga Tabung Haji turut sama memboikot AirAsia dan AirAsia X dengan tidak lagi menyewa malah menghentikan terus tempahan pesawat syarikat itu bagi mengangkut jemaah Malaysia ke tanah suci pada musim haji akan datang.
?Orang Melayu yang cintakan bangsa dan demi maruah Melayu, ayuh kita sama-sama boikot AirAsia dan AirAsia X seperti dicadangkan oleh Kelab Veteran UMNO dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tempoh hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak Azran untuk memohon maaf berhubung kenyataannya melabelkan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis namun, sehingga kini beliau masih berdiam diri.
Sehubungan itu, beberapa NGO seperti Veteran UMNO, Cuepacs dan Belia 4B Malaysia turut mencadangkan orang Melayu agar memboikot perkhidmatan AirAsia. – Utusan Malaysia
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
June 1, 2013 at 2:06 PM

Bro...klu nak buat kempen boikot air asia perlu ada alternatif airline yg boleh lawan airaisia, mohon percepatkan malindo air dengan tambang yg lebih murah dan berkualiti baru boleh buat kempen boikot....la ni hampeh jerrr takde alternatif

Anonymous
June 1, 2013 at 2:17 PM

stupid lagiii..itu pendapat peribadi dia bukan pendapat Air Asia lah ngok.. sama macam pendapat zahid hamidi suruh kuar Malaysia kalau tak setuju keputusan pilihanraya...lepas tu pendapat Noh Omar suruh tinggal kat Hutan..itu pendapat peribadi bukan pendapat BN dan UMNO...kalo nak jadi hero pun timbang-timbanglah wahai perkasa oiii!!! Utusan MAlaysia tu pembela Melayu kerr?? Berapa ramai Melayu yang dia dah fitnah?? saman fitnah semua dia kalah...janganlah kao jatuhkan standard diri mu wahai PERKASA..jangan bodohkan orang ramai dan diri mu sendiri!!

Anonymous
June 1, 2013 at 3:52 PM

Itu suara air asia, kenapa dia bagitau air asia takkan beli iklan dalam utusan..... mu lagi stupid bodoh, srupe ustaz natang hok bodoh

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger