Label 10

Home » , , » Latifah Omar Belum Sedar Selepas Pembedahan Ulser

Latifah Omar Belum Sedar Selepas Pembedahan Ulser

Written By AAKJ on Saturday, June 1, 2013 | 3:00 PM

“Sudah lebih 30 jam, emak belum sedar lagi. Sebaik dibawa ke sini dan menjalani pembedahan, emak memang tidak sedar dan saya sendiri tidak pasti bilakah emak akan sedar kembali ,” kata Affendi Rahmat, 55, mengenai keadaan terkini ibunya, seniwati Latifah Omar (gambar), 74, yang kini masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.
Menurut Affendi, ibunya yang mengalami penyakit ulser usus mengadu sakit dan muntah pada pagi Khamis selepas Subuh, sebelum keluarga membawanya ke Pusat Perubatan Kampung Baru. Melihat keadaan agak kronik, Latifah dimasukkan ke dalam ambulans untuk menerima rawatan di HUKM pada pagi itu juga.

Setibanya di HUKM, Latifah ditempatkan di ICU seterusnya menjalani pembedahan pada malam itu hingga berakhir pada jam 1.45 pagi.

“Pembedahan mengambil masa empat jam dan saya difahamkan banyak juga bahagian usus mak terpaksa dibuang. Penyakit ulser usus mak sudah lama dan ia membengkak dan menjadi keras, sebab itulah apa yang dimakan akan dimuntah kembali,” katanya.



Latifah Omar mula menceburi lakonan pada usia 16 tahun melalui filem Panggilan Pulau pada 1954 di samping Tan Sri P Ramlee. Bakat seni semula jadi dan seraut wajah keMelayuan asli ada padanya membolehkan Latifah terus menggilap nama sebagai primadona filem Melayu. Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad ketika aktif membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973. Menurut Affendi, tidak ramai rakan artis seangkatan ibunya malah pihak Seniman juga tidak diberitahu mengenai keadaan terkini ibunya itu.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 1, 2013 at 3:42 PM

Saya berdoa kepada Allah swt supaya Seniwati Negara kita, Latifah Omar, kembali sihat -tapi tak dapat juga gelaran Tan Sri macam Michelle Yeoh itu! Patutnya seniman-seniwati Melayu dan Bumiputera lain berjasa kita harus dibela Kem Seni/UMNO sebanyak mungkin, termasuklah keluarga mereka.

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN paling penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca)

Anonymous
June 2, 2013 at 5:55 PM

InsyaAllah semoga makcik Latipah Omar akan sihat

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger