Label 10

Home » , » "Ulama" Pas Minta Nyawa Agar Terus Jadi Pemimpin No 1

"Ulama" Pas Minta Nyawa Agar Terus Jadi Pemimpin No 1

Written By AAKJ on Thursday, June 20, 2013 | 12:00 PM


Kepemimpinan ulama Pas sentiasa relevan dan tiada alasan kukuh perlu digantikan dengan golongan profesional kerana selaku parti yang memperjuangkan dasar Islam, Pas perlu diterajui tokoh yang memahami secara mendalam tentang agama suci itu.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, jika Pas diterajui pemimpin yang tidak mahir dalam soal agama Islam dibimbangi boleh menyebabkan parti itu tergelincir daripada asas perjuangan walaupun ulama bukan syarat wajib menjadi Presiden.

"Perubahan kepimpinan dalam parti boleh dibuat tetapi biarlah Pas diterajui kepimpinan ulama kerana kita bimbang jika pemimpin tersebut tidak memahami secara mendalam tentang Islam, takut nanti asas perjuangan untuk menegakkan dasar itu akan tergelincir.

"Sebab itu dalam Pas kita ada majlis syura dan dewan ulama kerana asas perjuangan adalah Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim bahawa masa depan Pas lebih cerah sekiranya dipimpin Naib Presiden, Datuk Husam Musa.

Zaid berkata berkata, Pas kini dipimpin golongan veteran dan parti tersebut perlu diterajui muka baharu seperti Husam kerana majoriti orang muda yang menjadi penyokong parti berkenaan lebih menggemari karakter Naib Presiden itu berbanding kepimpinan sedia ada.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, Pas tidak memerlukan pandangan Zaid, bagaimana hendak mentadbir parti kerana sebarang perubahan boleh dibuat secara dalaman oleh ahli Pas sendiri, apatah lagi parti itu akan mengadakan muktamar pada November depan.

"Kita boleh buat perubahan tapi berdasarkan kehendak ahli parti dengan menepati gaya kepimpinan Pas itu sendiri. Kita tidak bergantung kepada pandangan orang luar dalam hal ini kerana semua ahli Pas cukup matang serta tahu hala tuju sebenar parti ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh sebagaimana dipetik daripada laman portal antarapos.com berkata, beliau akan terus mempertahan kelangsungan kepimpinan ulama dalam menjawat jawatan presiden.

Beliau berkata, pandangan sesetengah pihak yang mendakwa masa depan Pas akan lebih cerah jika diterajui Husam tiada asas kukuh kerana sokongan diberikan rakyat terhadap parti itu bukan kerana individu, sebaliknya disebabkan dasar agama Islam yang diperjuangkan.

"Perjuangan kita dalam Pas meletakkan Islam bukan kepentingan individu. Bermaksud kita perjuangkan Islam. Pas berteraskan kepimpinan ulama dan sokongan diberikan kerana mereka ialah individu yang mendekati, memahami Islam serta tahu selok-belok Islam," katanya.

Aakj : Ulama dalam parti ni SEMAK dan serabut malah d ragui ilmunya..sekadar kononnya balik dari Mesir ..mungkin jurusan Bahasa Arab sahaja..kalau hebat sangat kenapa balik Mesir dan tak dapat kerja d mana-mana..tak yah dok tipu orangla..


Konsep Majlis Syura pun menipu..hanya nak tunjuk pada Rakyat Malaysia bahawa inilah pusat longgokan ulama ciptaan dan kononnya dewan ini menguasai parti..walhal itulah tempat peti sejuk dan mereka ni jarang keluarkan kenyataan..ye la Majlis Syura tu Majlis bisu..tuuuiHH !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger