Label 10

Home » , » DAP Kekal Menipu !! Mesyuarat Agong Bahagian Pandan "Tempat Sembelih Ahli" & "Hantu Hadir"

DAP Kekal Menipu !! Mesyuarat Agong Bahagian Pandan "Tempat Sembelih Ahli" & "Hantu Hadir"

Written By AAKJ on Thursday, June 20, 2013 | 10:00 AM

Suasana sebenar sewaktu Mesyuarat Agung DAP Pandan di sebuah restoran di Pandan Perdana malam tadi. Kelihatan Teresa Kok (kanan) mengendalikan mesyuarat manakala Jenice Lee (berdiri di belakang) memerhatikan mesyuarat tersebut diadakan. - UTUSAN/ZAINI HUSIN

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) DAP Pandan didakwa diadakan dalam keadaan tergesa-gesa dan sambil lewa di sebuah restoran dekat sini malam tadi..

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee yang mendedahkan perkara itu sejurus AGM tersebut tamat mendakwa, mesyuarat itu gagal mengikut perlembagaan parti walaupun dihadiri beberapa pemimpin.

Antara yang hadir ialah Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kg. Tunku, Lau Weng San dan ADUN Teratai, Tiew Wey Keng.

Menurut Jenice, DAP telah mengkhianati beliau serta penyokongnya kerana gagal menjemput beliau ke AGM tersebut, malah cawangan beliau, Taman Sri Muda juga tidak menerima surat jemputan rasmi, sebaliknya dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja.

"Pemimpin parti telah menghakimi saya dengan mengatakan saya telah dipecat. justeru tidak layak hadir. Sepatutnya mereka tunggu keputusan mahkamah. Ahli yang sokong saya juga dipecat.

"AGM dan cara pemilihan jawatankuasa dalam AGM ini juga telah diadakan dengan tergesa-gesa dan notis tidak diberikan dengan betul.

"Saya juga mendapat maklumat, malah telah lihat dengan mata sendiri, ramai ahli yang hadir sebagai pengundi tetapi muka-muka itu saya tidak pernah nampak sebelum ini," dakwanya.

Sebanyak sembilan cawangan dalam kawasan Pandan telah hadir AGM tersebut, namun dua daripadanya dipercayai tidak cukup korum dan tidak dapat mengundi.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia mendedahkan DAP mungkin berdepan dengan satu lagi kemelut berikutan keputusan 'tergesa-gesa' kepemimpinan tertinggi untuk mengadakan AGM parti itu sejak dua minggu lalu.

Seorang pemimpin kanan DAP yang enggan namanya disiarkan mendakwa, AGM itu dipercayai bagi 'mencantas' cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

Dalam pada itu, Jenice membidas sikap segelintir pemimpin parti yang sengaja bertindak menghukum ahli-ahli DAP dalam kawasan beliau dengan memecat keahlian mereka.

"Kumpulan pemimpin ini sebenarnya tamak kuasa dan pentingkan diri, mereka tanpa menyiasat terus memecat mereka kerana sangkaan mereka, beberapa ahli ini adalah penyokong kuat saya. Mengapa mereka dipecat tanpa usul periksa?

"Setiap tahun DAP akan menghantar notis untuk adakan AGM bersama dokumen lengkap, namun kali ini hanya cawangan-cawangan tertentu sahaja diberikan notis, mengapa DAP pilih bulu?" tegasnya.


Malah Bekas Ahli juga terus mendesak R.O.S bertindak segera dan tegas :

Bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, ROS perlu memberi pengajaran kepada DAP kerana parti itu sedang disiasat kerana kesilapan mereka sendiri.

"Sudah terlalu lama ROS menyiasat kepincangan DAP. Sudah tiba masanya ROS mengambil tindakan dan jangan membiarkan DAP bermaharajalela dan menjadi 'hero' di mata rakyat.

"Setiausaha Agung, Lim Guan Eng nampaknya suka dengan publisiti murahan ini. Selama ini, DAP langsung tidak mempamerkan prinsip yang sering dicanang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu.

Siasatan tersebut bagi mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas kerosakan komputer merupakan satu penyelewengan.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Tuan Tat juga memberi amaran kepada DAP supaya berhenti daripada terus meracuni fikiran umum dengan asyik menyalahkan pihak lain yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti itu.

"Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke semalam mempersoalkan mengapa ROS perlu mendedahkan hasil siasatan kepada umum, mengapa tidak? Adakah DAP takut ROS akan membongkarkan 'kekotoran' partinya? Jika telus, mengapa risau.

"DAP harus berhenti menuding jari, jangan libatkan orang lain kerana yang telah membuat aduan adalah ahli DAP sendiri yang tidak tahan dengan segelintir pemimpin salah guna kuasa," ujarnya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger